Alia YashakMohamad Syafiq Ya ShakMohd Haniff Mohd TahirDianna Suzieanna Mohamad ShahMohd Faisal Mohamed2024-05-302024-05-302020-11Yashak, A., Ya Shak, M. S. ., Mohd Tahir, M. H., Mohamad Shah , D. S. ., & Mohamed, M. F. (2020). Faktor Motivasi Teori Dua Faktor Herzberg dan Tahap Motivasi Guru Pendidikan Islam.: Herzberg Two-Factor Theory’s Motivation Factor and the Islamic Studies Teachers Motivation Level. Sains Insani, 5(2), 65-74. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.1920127-787110.33102/sainsinsani.vol5no2.192https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/192https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15074Vol. 5 No. 2 (2020): Jurnal Sains InsaniKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi dan faktor intrinsik yang mempengaruhi motivasi Guru Pendidikan Islam sekolah menengah. Menggunakan dimensi-dimensi faktor ‘Motivasi’ daripada Teori Dua Faktor Herzberg (Herzberg, 1959) seperti ‘Kerja itu sendiri’, ‘Pengiktirafan’, dan ‘Peluang memajukan diri’, kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan melibatkan 173 responden. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diubahsuai daripada The Teacher’s Motivation and Job Satisfaction Survey (Mertler, 2001). Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi guru Pendidikan Islam sekolah menengah berada pada tahap tinggi (min = 4.40). Analisis menunjukkan skor faktor ‘Motivasi’ berada pada tahap yang tinggi dan dimensi dominan ialah kerja itu sendiri, peluang memajukan diri, dan pengiktirafan. Terdapat hubungan yang sederhana antara tahap motivasi guru Pendidikan Islam sekolah menengah dengan faktor ‘Motivasi’ (r = 0.541). Analisis lanjut mendapati bahawa ‘Kerja itu sendiri’, ‘Pengiktirafan’, dan ‘Peluang memajukan diri’ mempengaruhi secara signifikan terhadap tahap motivasi guru Pendidikan Islam sekolah menengah. Kajian ini dilihat memberi implikasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya bahagian latihan, sistem pengurusan sekolah, pemimpin sekolah dan guru khususnya guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan tahap motivasi dan profesionalisme guru Pendidikan Islam.otherMotivasi, Herzberg Two-Factor Theory, Guru Pendidikan IslaFaktor Motivasi Teori Dua Faktor Herzberg dan Tahap Motivasi Guru Pendidikan IslamHerzberg Two-Factor Theory's Motivation Factor and the Islamic Studies Teachers Motivation LevelArticle657452