Muhammad Aizat Md SinWan Mohd Dhaiyudeen Helmy W.MNor Izham Bin SubriIzwan Nurli Bin Mat BistamamMohd Zaki Bin Shahabuddin2024-05-302024-05-302020-10-29www.penerbit.usim.edu.my2756-8156https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17244Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM003 146 - 165Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah mengubah lanskap sistem pendidikan samada pembelajaran dan penilaian peperiksaan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi khususnya di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Cabaran ini telah mentransformasikan sistem dan kaedah pendidikan yang lebih memaksa kepada penggunaan e-pembelajaran dan e-penilaian. Malangnya, perlaksanaan e penilaian masih asing kepada landskap sistem pendidikan negara kita di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian konseptual yang melibatkan sejumlah pelajar dan tenaga pengajar akademik Kolej Universiti Islam Perlis menerima aplikasi e-penilaian sebagai instrumen pengawasan iaitu menggantikan peperiksaan akhir secara bertulis disamping pengamalan konsep Hisbah selari dengan tuntutan Syarak dan visi misi Institusi Pengajian Tinggi Swasta berteraskan Islam. Namun, berdasarkan hasil penelitian yang dijalankan mendapati ketidaksediaan dari segi langkah, prosedur, infrastruktur dan kemampuan. Walaupun e-penilaian memberi kebaikan kepada sistem pendidikan namun dalam masa yang sama turut mempunyai kekurangan jika tidak diselia atau tiada pengawasan dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan aplikasi e-penilaian ini tidak menurunkan kualiti akademik dan intergriti peperiksaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia.otherHisbah,E-Penilaian,Institusi Pengajian Tinggi,Pandemik,COVID-19; Consumer Behavior; New Normal; Moderate New Normal; Back to Square One; RecycleAmalan Baik Paradigma Nabawi ‘Al Hisbah’ Dalam Perlaksanaan E Penilaian Sebagai Instrumen Pengawasan Baharu Di Institusi Pengajian Tinggi Swasta Di Malaysia Semasa Pandemik Covid-19: Satu Kajian Kes Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS)