Wan Muhammad Syiehab bin Wan Muhammad FaizSayed Husin Asyraf Bin Sayed Abdul KadirSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17709E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandKertas kerja ini membahaskan Sumbangan dan Metod Penulisan Dr. Norzulaili Mohd Ghazali dalam Kajian Hadis. Beliau merupakan pensyarah kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Antara bidang kepakaran beliau ialah pengajian Quran & Sunnah, Fiqh & Usul Fiqh, Syariah dan juga Hadis Hukum. Masalah utama yang diangkat dalam kajian ini ialah kecenderungan masyarakat dalam pemahaman sesuatu hadis secara tekstual semata-mata, yang sering dianggap terbatas pada konteks tempat dan latar masa ketika hadis Nabi Muhammad S.A.W. itu disabdakan. Maka, Dr. Norzulaili cuba untuk merelevankan sesuatu hadis itu dalam konteks masa kini melalui metodologi penulisannya, yang mencakupi ekstraks dan analisis hadis, serta implementasi hadisdalam isu kontemporari, memungkinkan pemahaman tekstual dan kontekstual hadis yang lebih luas. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif, melalui temu bual dan kajian literatur. Tujuannya adalah untuk mengkaji latar belakang, sumbangan dan metod penulisan Dr. Norzulaili dalam bidang hadis. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa antara sumbangan Dr. Norzulaili dalam kajian hadis ialah beliau banyak mengangkat peranan wanita dan mengutarakan isu-isu kontemporari wanita dalam konteks hadis melalui penulisan beliau. Dalam kajian-kajiannya, beliau juga menggunakan metod analisis teks secara carian perkataan dalam hadis. Pendekatan Teori Medan Makna (SFT) dilakukan untuk mengesktrak dan meluaskan carian hadis. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa melalui sumbangan dan metod penulisan Dr. Norzulaili ini, banyak tema hadis dapat dibentuk melalui proses analisis tematik yang dilakukan, memungkinkan pendekatan merelevanisasikan hadis dan aplikasinya pada era kini. Hal ini dapat membuka jalan baharu kepada masyarakat dalam memahami hadis secara makna tekstualotherDr. Norzulaili Mohd Ghazali, Sumbangan, Metod, Penulisan,Sumbangan dan Metod Penulisan Dr. Norzulaili Mohd Ghazali dalam Kajian HadisArticle436452