Maimun Aqsha Lubis Hj Abdin LubisSabariah SulaimanAsma Abdul Rahman2024-05-272024-05-272016-12Hj Abdin Lubis, M. A. L., Sulaiman, S., & Abdul Rahman, A. (2018). Keunggulan Kaedah Eklektik dalam Pengajaran Bahasa Arab kepada Pelajar Melayu. LSP International Journal, 3(2). https://doi.org/10.11113/lspi.v3n2.402289–3199https://doi.org/10.11113/lspi.v3n2.40https://journals.utm.my/lsp/article/view/152060128–732Xhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3900LSP International Journal, Vol. 3, Issue 2, 2016, 39–49Kertas kerja ini membincangkan satu kajian yang dijalankan terhadap 300 orang pelajar Pusat Matrikulasi UIAM berhubung keberkesanan tiga kaedah pengajaran Bahasa Arab terhadap pelajar Melayu. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian eksperimen kuasi iaitu kajian uji kaji yang mengawal beberapa pemboleh ubah tertentu untuk mengenal pasti kesan ketiga-tiga kaedah pengajaran bahasa Arab sahaja. Temu bual juga dijalankan terhadap 10 orang pensyarah yang mengajar bahasa Arab di Pusat Matrikulasi UIAM untuk mengetahui langkah-langkah bagi dua kaedah pengajaran yang wujud di pusat ini, iaitu kaedah A dan kaedah B. Kaedah C yang dibina berasaskan gabungan kedua-dua kaedah A dan B turut digunakan dalam kajian ini. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti kaedah pengajaran bahasa Arab yang paling berkesan antara tiga kaedah pengajaran yang digunakan kepada pelajar Melayu. Penganalisisan data kuantititatif dibuat menggunakan Statistical Package for Social Scienceses (SPSS) dengan menganalisis min pencapaian bagi keempat-empat kemahiran (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) mengikut kaedah pengajaran dan peringkat kebolehan pelajar. Penganalisisan dibuat dengan menggunakan analisis varian (ANOVA) dan ujian Tukey. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Eklektik Sistematik adalah kaedah yang paling berkesan terhadap keempat-empat kemahiran pada kedua-dua peringkat; permulaan dan pertengahan dalam pengajaran Bahasa Arab terhadap pelajar Melayu di Pusat Matrikulasi UIAM. Kata kunci: Kaedah pengajaran, Taqlidah, Al-Sam’iyat, ekletikotherKaedah pengajaran,Taqlidah,Al-Sam’iyat,ekletikKeunggulan Kaedah Eklektik dalam Pengajaran Bahasa Arab kepada Pelajar MelayuArticle394932