Nur Aina Batrisyia Binti HaniffMohd Zamrus Bin Mohd Ali2025-11-192025-11-192025Nur Aina Batrisyia Binti Haniff, Mohd Zamrus Bin Mohd Ali (2025). Sumbangan Saidina Umar al-Khattab dalam Kepimpinan: Kajian Pelaksanaannya dalam Pentadbiran Majlis Kepimpinan Pelajar di Kolej PERMATA Insan. Insan Junior Researcher International Conference & Innovation (IJURECON) 2025, 318–323. https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EfVkn9zP4m9HniZRvI2XhQMBlU12RcfdxRZHlzdrKyiznQ?e=syZY7bhttps://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EfVkn9zP4m9HniZRvI2XhQMBlU12RcfdxRZHlzdrKyiznQ?e=syZY7bhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/27987Insan Junior Researcher International Conference & Innovation (iJURECON) 2025 : “STREAM for a Better Future/ editor : Ahmad Fuad Mohamad Amin, Nurul Shazwani Binti Mohamed, Rossidi Bin Usop, Abdel Rahman Ibrahim Suleiman Islieh Organised by Kolej PERMATA Insan 10-11 October 2025Kajian ini bertujuan meneliti sumbangan kepimpinan Saidina Umar al-Khattab dalam konteks pengurusan dan pentadbiran, seterusnya mengaplikasikan prinsip tersebut dalam Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) di Kolej PERMATA Insan. Saidina Umar terkenal dengan kepimpinan berteraskan keadilan, ketegasan, dan keprihatinan terhadap masyarakat, yang terbukti melalui pelbagai dasar seperti penubuhan baitulmal, sistem kehakiman, dan pengurusan wilayah secara terancang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen serta temu bual separa berstruktur melibatkan guru penasihat dan ahli MKP. Data dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti elemen kepimpinan Umar yang diaplikasikan, antaranya ketelusan dalam membuat keputusan, kebertanggungjawaban pemimpin, dan prinsip musyawarah. Dapatan menunjukkan bahawa amalan seperti perancangan strategik, pengagihan tugas berasaskan kemahiran, dan penekanan terhadap integriti berjaya meningkatkan keberkesanan pentadbiran MKP. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati keterlibatan MKP dalam mempraktikkan elemen kepimpinan berasaskan model Umar kadang kala kurang menonjol berikutan kekangan seperti jadual akademik yang padat dan ruang masa terhad untuk menampilkan bakat kepimpinan secara optimum. Kajian ini menyimpulkan bahawa prinsip kepimpinan Islam yang diwarisi daripada Saidina Umar bukan sahaja relevan dalam konteks sejarah, malah mampu memperkukuh budaya kepemimpinan pelajar berteraskan nilai murni dan profesionalisme di institusi pendidikan masa kinien-USSaidina Umar al-Khattabkepimpinan IslamMajlis Kepimpinan Pelajar KPI.Sumbangan Saidina Umar al-Khattab dalam Kepimpinan: Kajian Pelaksanaannya dalam Pentadbiran Majlis Kepimpinan Pelajar di Kolej PERMATA Insantext::conference output::conference proceedings::conference paper318323