Azman Ab. RahmanMohamad Qamarulzaman Mohd. ZaniMuhammad Faiz Abd ShakorMuhammad Azhad2025-05-162025-05-162024Azman Abd Rahman, Mohamad Qamarulzaman Mohd. Zani, Muhammad Faiz Abd Shakor , Muhammad Azhad. (2024). Penafsiran Kalimah Fuqara’ Menurut Tafsir As-Sa’di. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2024 (SAIS 2024), 447–456. https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/3083-8711https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26786Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2024 (SAIS 2024) Editor: Siti Rubaini Mat (K), Azman Ab Rahman, Rezki Perdani Sawai, Muhammad Nuruddin Sudin, Umi Hamidaton Soffian Lee ,Nur Ilyana Ismarau Tajuddin 26 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Institut Sains Islam (ISI) dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMTerdapat tujuh tempat di dalam al-Quran yang menyebutkan kalimah fuqara’. Pada dasarnya, kalimah fuqara’ mempunyai maksud dan makna yang hampir sama dengan kalimah faqir iaitu golongan yang susah serta kurang berkemampuan. Namun, tidak kesemua golongan yang susah yang dimaksudkan ditujukan secara umum kerana ada juga beberapa kalimah fuqara’ yang menunjukkan kepada golongan susah yang khusus. Tafsiran As-Sa’di merupakan tasir yang menggunakan pendekatan ijmali dalam menghuraikan penerangan dan maksud ayat secara menyeluruh dengan pemahaman yang lebih ringkas dan tepat. Justeru, kajian berkaitan kalimah fuqara’ ini akan menggunakan dapatan dari pentafsiran As-Sa’di sebagai satu wadah dalam memahami beberapa konteks dan penunjukan kalimah fuqara’ yang terdapat di dalam al-Quran. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumentasi bagi mengumpul data maklumat dan kemudian analisis kandungan dibuat secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa kalimah fuqara’ berdasarkan pentafsiran As-Sa’di mempunyai beberapa daya penunjukkan kepada golongan individu yang berbeza meskipun kriteria individu itu mempunyai latar belakang permasalahan yang sama iaitu kurang berkemampuan dan susah. Penunjukkan kalimah fuqara’ berdasarkan tafsir As-Sa’di merujuk kepada beberapa golongan yang susah antaranya mereka yang berhijrah kerana Allah, mereka yang tahap kesusahannya melebihi orang miskin, orang fakir yang bujang dan kurang berharta serta golongan manusia fakir yang sangat memerlukan kepada pertolongan Allah. Kajian lanjutan boleh dilaksanakan lagi dengan penambahan tafsir-tafsir yang lain untuk membentuk satu kajian yang lebih komprehensif terhadap kalimah fuqara’ di dalam al-Quran.msPentafsiran kalimahFuqara’As-Sa’diAl-QuranPenafsiran Kalimah Fuqara’ Menurut Tafsir As-Sa’ditext::conference output::conference proceedings::conference paper447456