Abd Rashid, N.N.Abd RashidMat Nayan, L.L.Mat NayanDevarajoo, A.R.A.R.Devarajoo2024-05-292024-05-2920162232-0431http://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/133https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14359Pembangunan industri media dan penggunaan media berkembang dengan hebatnya di negara ini. Walaupun pembangunan ini menjadikan kehidupan kita lebih sofistikated, ia telah menimbulkan banyak perkara mengenai impak industri media ke atas masayarakat. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengukur tahap literasi media di kalangan remaja-remaja di Malaysia. Model literasi media telah digunakan sebagai panduan di dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan remaja yang berumur 15-17 tahun. Bagi mencapai tujuan tersebut temubual mendalam kumpulan fokus telah dipilih bagi memperolehi data yang diperlukan. Informan yang terlibat mewakili tiga kumpulan etnik yang utama. Media yang dikaji adalah televisyen, radio, akhbar, majalah dan Internet. Hasil kajian mendapati tahap literasi media di kalangan remaja di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Perbezaan juga berlaku di antara remaja yang tinggal di bandar dan mereka yang tinggal di luar bandar. Perbezaan ini adalah disebabkan mereka yang tinggal dibandar mempunyai kemudahan dan persekitaran kehidupan yang lebih baik. Mereka juga menikmati kehidupan sosial yang lebih baik, walau pun taraf hidup di bandar adalah lebih tinggi. Dalam erti kata lain, remaja yang tinggal di bandar mempunyai tahap literasi media yang lebih baik berbanding remaja yang tinggal di luar bandar. Kajian ini menentukan bahawa terdapat keperluan untuk memperkenalkan satu subjek mengenai pendidikan media di sekolah-sekolah menengah di Malaysia agar remaja dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran literasi media yang sepatutnya.ms-USLiterasi MediaIndustri MediaRemajaBandarLuar BandarLiterasi Dalam Memperolehi Hiburan Bermaklumat: Kajian Dalam Kalangan Remaja Di MalaysiaArticle9510591