Dini Farhana BaharudinLatifah Abdul LatifArif Ainur Rofiq2024-05-312024-05-3120229789670001814https://pkausim.usim.edu.my/sais-2022/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18632E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli” /Editor: Noorfajri Ismail (Head) , Latifah Abdul Latiff , Zalika Adam, Syamila Mansor, Dzulkhairi Mohd Rani, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Manal Jusoh, Syed Najihuddin Syed Hassan 1 December 2022 \ Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)Syukur adalah salah satu daripada amalan sifat mulia dalam Islam yang amat digalakkan. Dalam bidang psikologi positif, syukur atau gratitude dikaji sebagai satu perasaan atau emosi yang menyenangkan terhadap manfaat yang diperoleh. Namun, bersyukur juga dapat diintegrasikan dengan bidang kaunseling sebagai salah satu intervensi yang dapat membantu meningkatkan kesejahteraan seseorang individu klien. Banyak kajian lepas berkenaan sifat bersyukur ini menunjukkan kesan yang positif kepada kesejahteraan diri. Justeru, kajian ini bertujuan untuk: (1) meneroka pengalaman pelajar kaunseling yang telah menjalani intervensi diari syukur; dan (2) menilai pandangan pelajar tentang diari syukur sebagai satu intervensi yang boleh digunakan dalam kaunseling. Kajian ini menjalankan intervensi diari syukur selama empat minggu dengan pelajar kaunseling Tahun 3 dalam kursus yang diambil di salah sebuah universiti awam. Setelah tamat empat minggu, pelajar membuat refleksi tentang pengalaman mereka. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, 59 diari syukur dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Tiga tema utama dikenal pasti bagi pengalaman yang dilalui seperti berikut: permulaan baru, perkongsian syukur, dan perubahan diri. Manakala dua tema bagi pandangan sebagai intervensi iaitu manfaat kepada klien dan kepada kaunselor. Hasil kajian mendapati bahawa berdasarkan pengalaman mereka, pelajar kaunseling melihat kepentingan komitmen berterusan apabila mengintegrasikan diari syukur dalam amalan seharian dan kaunseling. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan diari syukur bukan sahaja membantu pelajar kaunseling lebih sejahtera tetapi juga menukar pandangan mereka tentang potensi intervensi yang menggabungkan pendekatan Islami dengan kaunseling.otherdiari syukur, kesejahteraan, kaunseling, integrasi, kualitatif.Diari Syukur Sebagai Intervensi Kesejahteraan: Pengalaman Pelajar KaunselingArticle263276