Hadi Amroni2025-12-222025-12-222025Hadi Amroni. (2025). Al-Quran Sebagai Sumber Nilai dan Hukum: Respons Terhadap Cabaran Sosio-Politik Semasa. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 165–178. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28328International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Dalam menghadapi perubahan sosial dan politik global yang kian kompleks, umat Islam berdepan dengan cabaran besar untuk mengembalikan peranan al-Quran sebagai sumber nilai dan hukum yang mampu memberikan panduan holistik terhadap permasalahan semasa. Dunia moden yang dicirikan oleh krisis moral, ketidakadilan sosial, ekstremisme politik, serta dominasi materialisme telah menuntut suatu paradigma penyelesaian yang berpaksikan nilai-nilai transenden. Dalam konteks ini, al-Quran tampil bukan hanya sebagai teks keagamaan, tetapi juga sebagai sumber normatif dan etika yang membentuk asas keadilan sosial, kemanusiaan, dan keseimbangan kuasa dalam masyarakat. Sebagai sumber nilai, al-Quran menegaskan prinsip-prinsip universal seperti keadilan (‘adl), rahmah (kasih sayang), amanah, dan syura (musyawarah) yang menjadi dasar kepada pembinaan masyarakat berperadaban dan berkeadilan. Nilai-nilai ini tidak bersifat statik, tetapi dinamis serta mampu disesuaikan dengan konteks perubahan zaman. Manakala sebagai sumber hukum, al-Quran menyediakan asas normatif yang berpaksikan , Maqasid al-Shariah bagi membimbing proses penetapan hukum yang selaras dengan tujuan-tujuan kemanusiaan – iaitu pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta. Pendekatan maqasidi ini memungkinkan hukum Islam diterapkan secara kontekstual untuk menjawab pelbagai cabaran sosio-politik kontemporari, termasuk isu keadilan distributif, tata kelola pemerintahan, dan tanggungjawab moral pemimpin. Kajian ini menelusuri integrasi antara nilai dan hukum dalam al-Quran serta menilai relevansinya sebagai respons terhadap cabaran sosio-politik semasa. Dengan menggunakan pendekatan normatif dan kontekstual, kajian ini menegaskan bahawa al-Quran bukan sekadar teks wahyu bersifat teologis, tetapi sistem nilai dan hukum hidup yang membentuk paradigma keadilan, kemaslahatan, dan kesejahteraan sejagat.msCabaran SemasaMaqasid al-ShariahNilai dan hukum al-QuranSosio-politik.Current ChallengesQuranic values and lawsSocio-politics.Al-Quran Sebagai Sumber Nilai dan Hukum: Respons Terhadap Cabaran Sosio-Politik Semasatext::conference output::conference proceedings::conference paper165178