Ahmad Aiman Bin NarizamMuhammad Hakim Bin MansorSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 978-629-7534-37-4https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17595E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Etika dalam pemakanan merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan dalam agama islam. Antara etika dalam pemakanan yang perlu diperhatikan ialah etika sebelum, semasa, dan selepas makan dan minum. Seseorang Muslim perlulah mengetahui adab dan etika ketika makan dan minum mengikut panduan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW bagi membentuk keperibadian Muslim yang sejati. Tujuan makan dan minum dengan beradab membuktikan seseorang itu bersyukur kepada Allah SWT dengan apa yang dikurniakan kepadanya. Peraturan dan ketetapan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW harus dicontohi supaya mendapat keberkatan daripada Allah SWT kerana segala yang dilakukan oleh baginda meliputi segala aspek dalam kehidupan. Setiap golongan perlu mengamalkan etika makan dan minum terutamanya kanak-kanak harus mendapat pendidikan awal tentang adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kefahaman masyarakat terhadap etika dan sunnah nabi muhammad saw dalam pemakanan dalam kalangan penduduk di Taman Desa Kasia, Nilai. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif iaitu melalui kajian soal selidik yang melibatkan responden seramai 50 orang. Kesimpulannya, masih ramai dalam kalangan masyarakat islam yang tidak mengetahui tentang etika dan sunnah nabi dalam pemakanan.otherEtika, Adab, Makan, Minum, HadithEtika dan Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam Aspek PemakananArticle8191