Norzulaili Mohd Ghazali2024-05-282024-05-282006Universiti Teknologi Marahttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4328The seminar was organized by UiTM, Johor on Sept 9th, 2006 at Renaissance Hotel, MelakaSejarah membuktikan bahawa wanita pada zaman jahiliyah dipandang hina dan dianggap golongan yang membawa sial. Dunia yang ketika itu didominasi oleh lelaki telah menjadikan wanita mangsa diskriminasi. Kedatangan Islam sebagai din al-hanif telah mengangkat kedudukan dan martabat wanita sesuai dengan status mereka sebagai ibu kepada semua lelaki. Islam agama yang syumul telah mengembalikan hak kaum hawa yang telah dirampas buat sekian lama. Syariat Islam memberi hak kepada wanita dalam masalah perkahwinan, perceraian, pemilikan harta, pendidikan, pewarisan harta dan sebagainya. Kertas kerja ini membincangkan tentang salah satu hak yang diberikan kepada wanita iaitu hak pewarisan harta sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 11, 12 dan ayat 176 surah al-Nisa’. Keadaan pusaka wanita yang berbeza-beza berdasarkan perbezaan kedudukan mereka sebagai anak, ibu, isteri, kakak atau adik perlu diperbahaskan agar tidak timbul prasangka buruk terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah.otherWomen (Islamic law)women’s right,Hak Wanita Dalam Pusaka Menerusi Ayat 11, 12 dan 176 Surah Al-Nisa’Other113