Mohd Fauzi Mohd Amin2024-05-312024-05-312023Mat, S.R, Rahman, A.Ab, Abdulah, N. A, Ismail, A. (Eds.). (2023). In E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 (pp. 1–214). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-18-4https://pkausim.usim.edu.my/sais/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18761E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 : “Peneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa”/Penyunting Siti Rubaini Mat, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Anita Ismail 19 Disember 2023 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH)Kitab Tanbih Al-Ghafilin karangan oleh Sheikh Abdullah bin Abdul Mubin Al-Syafie adalah kitab berbahasa Melayu dengan tulisan jawi lama,cetakan kertas kuning. Bab yang terkandung dalam kitab ini sebanyak dua belas bab. Iaitu bab berkaitan dosa besar mereka yang meninggalkan solat, menderhaka kedua ibubapa, minum arak, zina, liwat, makan riba, meratapi kematian, enggan mengeluarkan zakat, balasan orang yang membunuh tanpa hak, balasan orang memutuskan silatul rahim dan mengabaikan hak isteri oleh suaminya, kedahsyatan hari kiamat dan sifat syurga. Kitab ini memuatkan sejumlah besar hadith Rasulullah SAW, hadith yang ditulis sebahagian besarnya adalah terjemahan dalam Bahasa Melayu tidak dinyatakan matan asalnya dalam Bahasa Arab, sumbernya, juga statusnya samada sahih, hasan, daif dan maudhu’. Penulis menilai hadith-hadith yang difokuskan hanya dalam bab keenam iaitu berkaitan menerangkan dosa memakan riba iaitu sebanyak tujuh hadith semuanya. Hadith akan dinilai berdasarkan manhaj ulama hadith dengan menggunakan cara takhrij al-hadith. Semua hadith tersebut tidak dinyatakan sumber, sanad, matan arab dan statusnya samada samada sahih, hasan atau dhaif serta maudu’. Hasil kajian terdapat hadith yang tidak dijumpai sumber asalnya namun dijumpai dalam kitab hadith lafaz hadith yang hampir sama dengan hadith yang dinyatakan oleh pengarang, didapati juga statusnya ada yang sahih, hasan dan dhaif, terdapat juga berstatus maudhu’. Bagi menetapkan status hadith penulis berpegang dengan pandangan ulama hadith yang muktabar.otherRiba, Sahih, Maudhu’, Hadith, Tanbih al-GhafilinPenilaian Hadith Riba dalam Kitab Jawi Tanbih Al-Ghafilin oleh Syeikh Abdul MubinArticle228242