Zakaria, S. N.S. N.Zakaria2024-05-302024-05-3020171675-5936http://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/28https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16180Charles Pellat merupakan seorang sarjana Orientalis. Penulisan beliau banyak didapati dalam Encyclopaedia of Islam yang mempunyai 11 jilid. Walau bagaimanapun, hanya lapan buah jilid yang memuatkan penulisan Charles Pellat sepanjang hayat beliau. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui isu-isu kesusasteraan Arab yang telah diketengahkan oleh beliau dalam Encyclopaedia of Islam. Isu-isu tersebut akan dilihat dalam keseluruhan jilid Encyclopaedia of Islam. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dan berbentuk analisis dokumen untuk mencapai objektif kajian iaitu mengenal pasti isu-isu yang diketengahkan oleh Charles Pellat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa isu-isu yang diketengahkan oleh beliau dalam jilid pertama Encyclopaedia of Islam terbahagi kepada tiga isu utama iaitu sejarah Islam, sastera Arab dan tatabahasa.Charles PellatEncyclopaedia of Islamsejarah Islamsastera Arabtatabahasa ArabIsu-Isu Kesusasteraan Arab Oleh Charles Pellat Dalam The Encyclopaedia Of Islam[Arabic Literature Issues by Charles Pellat in the Encyclopaedia of Islam]Article10312021