Dini Farhana BaharudinSuhailiza Md. HamdaniMarina Munira Abdul MutalibMohd Zaliridzal Zakaria2024-05-282024-05-2820182550-1992https://doi.org/10.53840/alirsyad.v3i2.7https://al-irsyad.kuis.edu.my/index.php/alirsyad/article/view/7https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5606Volume: 3 No: 2Kajian lepas menunjukkan perkaitan yang kuat antara aspek-aspek keagamaan dengan kesejahteraan dalam hubungan pasangan berkahwin. Walau bagaimanapun, masih kurang kajian yang meneroka tentang perkara ini dalam konteks Malaysia, khususnya dalam kalangan orang Islam. Kertas ini akan meneroka tentang kefahaman agama dengan proses transformasi dalam perkahwinan. Kefahaman agama dalam kajian ini mencakupi kepercayaan dan amalan keagamaan. Manakala, proses transformasi dalam perkahwinan pula merujuk kepada proses-proses yang berlaku dalam hubungan perkahwinan yang tidak memerlukan intervensi secara professional daripada luar, khususnya apabila berlakunya isu atau konflik dalam perkahwinan. Metodologi kajian adalah menggunakan pendekatan kualitatif. Sampel bermatlamat melibatkan lima pasangan Melayu beragama Islam yang usia perkahwinan mereka melebihi sepuluh tahun. Temubual berstruktur telah dijalankan dan dapatan menunjukkan kefahaman beragama iaitu kepercayaan dan amalan Islam adalah berkait dengan pengekalan hubungan sesuatu pasangan dalam perkahwinan. Dapatan ini menunjukkan kepentingan untuk menggunakan intervensi kaunseling perkahwinan yang mengintegrasikan ilmu naqli dan �aqli yang dapat membantu menyokong keperluan klien.en-USKaunseling; Perkahwinan; Pasangan; Integrasi; Agama dan kerohanianKefahaman Beragama Dan Proses Transformasi Hubungan Pasangan Dalam PerkahwinanReligion And Relationship Transformational Processes In MarriageArticle759132