Muhammad Farhan MuhammadSaipol Barin RamliMohammad Taufiq Abdul GhaniAmirul Nazri MohamadMohammad Syahrul Naim Mohd Fauzi2024-05-302024-05-302021-12Muhammad, M. F., Ramli, S. B. ., Abdul Ghani, M. T. ., Mohamad, A. N. ., & Mohd Fauzi, M. S. N. . (2021). Kerangka Konsep Modul Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Teknologi : Conceptual Framework of Arabic Language Teaching Modules for Technological Purposes. Sains Insani, 6(3). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no3.1900127-787110.33102/sainsinsani.vol6no3.190https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/190https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15155Vol. 6 No. 3 (2021): Special IssuePengajaran dan pembelajaran bahasa Arab telah berkembang pesat dan mengalami perubahan yang positif dalam dunia pendidikan di Malaysia. Melihat kepada era Pendidikan 4.0, kandungan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia perlu bersesuaian dengan keperluan global. Antara yang mendapat perhatian umum adalah bahasa Arab untuk tujuan khusus. Bahasa Arab untuk tujuan khusus telah memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang tertentu untuk mempelajari bahasa Arab. Bidang yang bersifat global seperti ekonomi, pelancongan, muamalat, perubatan dan sebagainya telah diberi perhatian. Bidang teknologi adalah antara bidang baharu yang perlu diberi perhatian dalam pendidikan Bahasa Arab di Malaysia agar ia tidak bersifat ragid dan statik dengan hanya memberi fokus kepada tajuk-tajuk seperti al-Nahw dan al-Balagah sahaja.. Secara ringkasnya, kajian ini akan dibina berdasarkan pendekatan model instruksi ADDIE yang melalui lima fasa utama iaitu, analisis keperluan modul, reka bentuk modul, pembangunan modul, perlaksanaan modul dan kebolehgunaan modul. Oleh itu kajian ini mencadangkan satu modul pengajaran bahasa Arab untuk tujuan Teknologi bagi kegunaan Universiti di Malaysia.otherbahasa Arab, tujuan teknologi, modul pengajaran, ADDIE.Kerangka Konsep Modul Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan TeknologiConceptual Framework of Arabic Language Teaching Modules for Technological PurposesArticle18318763