Ahmad Jihaduddin Bin Ripin @ AriffinMuhammad Fawwaz Muhammad Yusoff2024-05-302024-05-302022Ripin @ Ariffin, A. J., & Muhammad Yusoff, M. F. (2022). Persaingan Dalam Perniagaan: Analisa Menurut Perspektif Maqasid Al-Quran Dan Sunnah. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 260–275. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/27eISSN: 2756-8156https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/27/20https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/173168TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah StudiesPersaingan dalam perniagaan merupakan suatu perkara yang perlu ditempuhi oleh setiapmereka yang berada dalam bidang ini. Dalam menghadapi cabaran dan risiko di segenap penjuru dimensi kehidupan harian, usahawan Muslim dipandu dengan kerangka objektif menurut al-Quran dan Sunnah. Justeru, kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep di samping ayat al-Quran dan Sunnah yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW dalam perbahasan objektif atau maqasid berhubung persaingan dalam perniagaan. Dengan kaedah kepustakaan secara penuh, kertas ini memberi penumpuan kepada maqasidayat al-Quran dan Sunnah dalam menjelaskan prinsip yang melingkari dunia keusahawanan. Lingkaran penelitian atau tadabbur terhadap maqasid al-Quran dan Sunnah ini merangkumi tujuh elemen utama; tujuan, konsep, kelompok, hukum, nilai, bukti dan perintah. Secara ringkasnya, pengintegrasian tujuh elemen utama tersebut dapat menyajikan prinsip persaingan dalam perniagaan seiring dengan maqasid al-Quran dan Sunnah.othermaqasid al-Quran, sunnah, objektif, konseptualisasi, persaingan, perniagaanPersaingan Dalam Perniagaan: Analisa Menurut Perspektif Maqasid Al-Quran Dan SunnahArticle260275