Mohd Zahir Abdul RahmanAhmad Murshidi MustaphaMohd Miqdad Aswad AhmadMohamad Hafizuddin Mohamed Najid2024-05-272024-05-272021-11978-967-2072-42-3https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3214Pendekatan holistik ialah pendekatan yang merangkumi empat domain bagi manusia secara bersepadu yang merangkumi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual. Fenomena masyarakat di Malaysia kini sama ada di agensi kerajaan mahupun swasta lebih banyak berada di rumah untuk bekerja akibat penularan wabak COVID-19. Situasi ini menyebabkan kekerapan ahli keluarga yang keluar rumah untuk beraktiviti makin terhad dan dikhuatiri meningkatkan jumlah masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Jumlah talian bantuan sokongan sosial di Malaysia turut dilaporkan semakin meningkat. Lebih mengejutkan apabila 85.5% panggilan ini membabitkan isu berkaitan kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling seperti stres akut, keresahan, kemurungan, penderaan, dan tingkah laku bunuh diri. Dari awal Januari hingga 21 Mei 2021, dilaporkan sejumlah 101,150 panggilan yang diterima, yang mana 91.2% memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Panggilan ini merangkumi pesakit COVID-19, individu yang menjalani kuarantin, petugas barisan hadapan, keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19 dan kumpulan rentan. Justeru, kajian ini akan menggumpul dan mengusulkan beberapa cadangan pendekatan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi perbahasan al-Quran, Hadis dan pandangan sarjana Muslim dalam mengadakan aktiviti yang bermanfaat di rumah bersama ahli keluarga. Kajian ini menggunakan sepenuhnya metode kualitatif dalam komponen dokumentasi melalui tafsir al-Quran, syarah Hadis serta kajian sarjana Muslim terdahulu dan kontemporari. Hasil kajian menunjukkan perbahasan menerusi maklumat Islami sesuai dengan masa dan keadaan semasa dalam menangai isu-isu yang berlaku terutamanya ketika pandemik COVID-19. Penemuan ini mampu menambahkan koleksi terapi berasaskan empat domain utama manusia berasaskan maklumat Islami serta mengurangkan bebanan perasaan masyarakat ketika terlalu lama berada di rumah.otherAktiviti Holistik, Maklumat Islami, COVID-19, KeluargaAktiviti Holistik Keluarga Sihat Kendiri Di Era Pandemik Covid-19 Berasaskan Maklumat IslamiArticle229237