Lubna Binti Abd RahmanArnida Bt Abu BakarNurhasma Muhamad Saad2024-05-272024-05-2720212021-10-292504-85621020-1010.47405/mjssh.v6i4.727https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3464E-Translasi atau terjemahan mesin merupakan salah satu teknologi yang diguna pakai oleh penterjemah dalam menghasilkan terjemahan pantas. Penggunaan e-Translasi dianggap penting untuk digunapakai seiring dengan arus globalisasi ini yang memerlukan akses kepada informasi secara cepat dan efektif, di samping memudahkan proses terjemahan. Namun, e-Translasi tidak semestinya menghasilkan output berkualiti tinggi kerana penterjemahannya dilakukan secara kata demi kata atau literal. E-Translasi tidak dapat menandingi kepakaran manusia dalam menghasilkan terjemahan yang berkualiti. Oleh itu, penterjemah perlu melalui proses penyuntingan hasil e-Translasi untuk menghasilkan teks sasaran yang lebih baik. Lazimnya dalam proses penyuntingan penterjemah akan mempunyai kesukaran kerana hasil e-Translasi lebih bersifat literal. Kajian ini bertujuan mengetengahkan pandangan pengamal penterjemahan atau penterjemah terhadap masalah dan cadangan penyelesaian dalam isu penyuntingan teks yang diterjemahkan melalui salah satu aplikasi e-Translasi, iaitu Google Translate (GT). Kajian ini berbentuk kualitatif dan mengguna pakai kaedah Protokol Pemikiran Verbal (Think-aloud Protocols-TAPs) secara restrospektif, yang bertujuan menyingkap apa yang terdapat di dalam minda penterjemah semasa proses penyuntingan dilakukan. Berdasarkan dapatan kajian, penulis merumuskan bahawa terdapat empat aspek utama yang perlu diberi perhatian semasa proses penyuntingan terhadap hasil terjemahan e-Translasi dilakukan oleh penterjemah iaitu: perkataan dan frasa, struktur ayat, teks dan tatabahasa. Hal ini kerana GT ada kalanya tidak dapat menghasilkan padanan atau terjemahan yang menepati sistem dan struktur bahasa sasaran ekoran perbezaan linguistik dan budaya antara bahasa sumber (BSu) dengan bahasa sasaran (BSa), serta kekurangan dalam sistem terjemahan GT itu sendiri yang lebih bersifat literal. Semua aspek tersebut harus diberi perhatian secara menyeluruh apabila melakukan penyuntingan terhadap hasil terjemahan e-Translasi untuk mengelakkan kekeliruan atau ketaksaan dalam memahami mesej sebenar teks sumber.penyuntingan, e-Translasi, penterjemahan, Protokol Pemikiran Verbal (Think-aloud Protocols)Penyuntingan Hasil Terjemahan e-Translasi Arab-Melayu: Analisis Pandangan Pengamal Penterjemahan melalui Protokol Pemikiran Verbal (Think-Aloud Protocols)Editing an Arabic-Malay e-Translation Product: An Analysis on the Translators’ Perceptions via Think-aloud ProtocolsArticle374964