Sara Beden2024-11-112024-11-112024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24669E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEKesopanan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian seseorang di mata khalayak umum selain dihubung kait dengan adab dan akhlak yang mulia. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa sopan sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak dalam berkomunikasi sehingga menjejaskan air muka pihak lain. Jika disorot, setiap individu dituntut untuk berhemah dalam berkomunikasi agar berupaya mengelakkan konflik sama ada dalam komunikasi lisan mahupun penulisan. Kesantunan atau kesopanan dalam penulisan merangkumi penggunaan dan pemilihan kata, frasa dan ayat yang gramatis dalam usaha menyantuni khalayak pembaca. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bahasa sopan yang digunakan watak-watak dalam novel Wajah Seorang Wanita karya Sasterawan Negara S.Othman Kelantan (2005). Kajian ini mengaplikasikan model Prinsip Kesopanan (PS) Leech (1983) dan Strategi Kesantunan Asmah Omar (2000). Kajian ini merupakan kajian kualitatif sepenuhnya dengan memberikan fokus kepada analisis teks. Dapatan menunjukkan pengaplikasian kedua-dua model kesantunan ini membentuk pola kombinasi maksim + strategi, iaitu Pola kombinasi Maksim Kebijaksanaan + Persetujuan + Strategi Penjagaan Air Muka dan Pola Kombinasi Maksim Kebijaksanaan + Simpati + Strategi Kesedaran Adanya Kuasa Peranan. Kesimpulannya, pematuhan terhadap maksim dan strategi kesopanan memprojeksikan bahawa pengarang memanifestasikan daya keintelektualan yang tinggi dalam usaha memelihara budaya sopan dalam komunikasi bertulis.msMaksimstrategipenjagaan air mukasokongankedermawananPotret Bahasa Sopan dalam Wajah Seorang Wanita: Analisis Maksim Leech (1983) Dan Strategi Asmah Omar (2000)text::conference output::conference proceedings::conference paper