Rosmah DerakSaidatul Nornis Haji MahaliNoorafini KassimJunaidah JanuinShaffarullah Abd RahmanSanen G. Marshall2024-11-112024-11-112024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24660E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACENegeri Sabah memiliki sekurang-kurangnya 33 etnik yang setiap satunya mempunyai warisan budaya dan tradisi yang menonjolkan keunikan masing-masing. Warisan budaya ini juga menjadi simbol dan jati diri setiap etnik tersebut. Etnik Sama-Bajau mewarisi kebudayaan unik turun temurun dari satu generasi kepada satu generasi dan sedikit sebanyak kebudayaan ini mengalami sedikit penyesuaian sesuai dengan arus kemodenan pada masa kini. Serimpak adalah salah satu simbol penting dalam tradisi etnik Sama-Bajau yang mana serimpak adalah satu perhiasan yang dipakai oleh wanita etnik Sama-Bajau ketika majlis perkahwinan ataupun majlis keramaian. Pada masa kini, penganjuran Ratu Serimpak telah menjadi satu aktiviti kebudayaan etnik Sama-Bajau dalam usaha melestarikan budaya dan tradisi etnik ini. Rentetan daripada itu, kajian ini merupakan tinjauan awal terhadap aktiviti kebudayaan Ratu Serimpak yang dipertandingkan di peringkat daerah di negeri Sabah. Sumber data kajian adalah video rakaman siaran langsung (live) dari page rasmi Pusat Kebudayaan Bajau Sama yang dikongsikan dalam media sosial. Pemerhatian dan analisis dokumen adalah berdasarkan kepada rakaman siaran langsung tersebut. Impak kepada kajian ini diharap dapat memberi sumbangan positif terhadap usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak dalam usaha mempromosikan dan melestarikan warisan budaya etnik Sama-Bajau di negeri Sabah agar warisan ini sentiasa segar diingati oleh generasi muda etnik Sama-Bajau pada masa kini.msRatu Serimpaketnik Sama-Bajauidentitiaktiviti kebudayaanAktiviti Kebudayaan Ratu Serimpak sebagai Simbol Pengekalan Budaya dan Tradisi Etnik Sama-Bajau: Satu Tinjauan Awaltext::conference output::conference proceedings::conference paper