Muhammad Akmalludin Mohd HamdanMuhammad Sobri Faisal2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16968PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesPelbagai hadis terutamanya dalam karya al-Tibb al-Nabawi memaparkan petunjuk Rasulullah SAW berkenaan nutrisi melalui pelbagai saranan baginda SAW untuk mengambil jenis-jenis makanan tertentu dengan tujuan pemeliharaan kesihatan manusia. Hadis-hadis ini kebiasaannya menerangkan jenis-jenis makanan beserta khasiatnya untuk mencegah atau merawat penyakit-penyakit tertentu. Mutakhir ini, muncul pelbagai dakwaan tanpa verifikasi yang autentik menurut kaca mata ilmu perubatan moden dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan khasiat makanan tertentu, terutamanya makanan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis. Sebahagian pihak juga kelihatan mengeksploitasi hadis Rasulullah SAW berkaitan nutrisi dengan tujuan melariskan produk atau barangan jualan yang diniagakan. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis beberapa hadis Rasulullah SAW berkaitan nutrisi pemakanan yang berupaya untuk mencegah penyakit. Analisis dilakukan berdasarkan pendekatan deduktif dan perbandingan terhadap beberapa hadis yang terpilih melihat kepada petunjuk baginda SAW dalam hadis serta pandangan sarjana Islam, dengan dapatan ilmu perubatan moden dalam menghuraikan isu yang dinyatakan. Hasil kajian mendapati bahawa beberapa makanan yang dinyatakan dalam hadis bersama khasiatnya ternyata berkesan dalam mencegah penyakit tertentu seperti mana yang dibuktikan oleh kajian perubatan moden. Namun, keberkesanannya mempunyai keterbatasan tertentu, serta tidak terbukti mampu untuk mencegah keseluruhan penyakit seperti yang didakwa oleh sebahagian pihak.otherAl-Tib al-Nabawi, Nutrisi, Perubatan Moden, Fiqh al-HadithSains Nutrisi: Panduan Hadis Dalam Pencegahan PenyakitArticle458474