Nur Zainatul Nadra ZainolLatifah Abdul MajidHayati Hussin2024-05-272024-05-2720180128-0899http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/article/view/61https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3716Volume: 3 No : 1Serangan pemikiran yang berkehendak kepada penerimaan homoseksual sebagai satu perbuatan yang tidak menyalahi syariat telah menular dalam masyarakat Islam kini. Golongan yang menerima homoseksual ini memberi alasan agama harus diamalkan bersesuaian dengan realiti semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hukum yang telah thabit dengan nas-nas syarak secara qatci. Serangan ini dilakukan oleh feminis yang memperjuangkan hak-hak kesamarataan gender kerana mereka berpendapat sebahagian hukum yang terdapat dalam al-Quran telah menindas serta mendiskriminasi gender. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran feminis terhadap isu homoseksual serta kritikan pemikiran mereka menurut al-Quran dan al-Sunnah. Metode yang digunakan adalah analisis kandungan 3 karya feminis sebagai kaedah untuk mengumpulkan data dan kaedah diskriptif digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan golongan feminis berkehendak untuk membela golongan homoseksual dengan hujah-hujah mereka walaupun ia melibatkan hukum-hukum al-Quran yang telah thabit dengan nas-nas syarak secara qat’i. Implikasi kajian menunjukkan perjuangan golongan feminis ini wajar diperhalusi dan diberi perhatian serius kerana pemikiran kesamarataan gender adalah bukan berasal daripada agama Islam malah ia berasal daripada tradisi masyarakat barat Justeru, pemikiran yang berkehendak kepada keterbukaan dalam berijtihad dengan meletakkan akal pada tempat yang paling tinggi berbanding al-Quran dan al-Sunnah seperti feminisme harus dibendung daripada menyerap masuk dalam pemikiran masyarakat Islam.en-USKritik pemikiran, Kajian Feminis, Homoseksual, Pemikiran LiberalPerspektif Feminis Dalam Isu HomoseksualFeminist Perspectives in Homosexual IssuesArticle465431