Aishah IsahakSulhah RamliWan Azura Wan Ahmad2026-01-132026-01-132025Aishah binti Isahak, Sulhah Ramli,Wan Azura Wan Ahmad. (2025). Simbol Alam Sebagai Representasi Maqam Ma‘Rifah dalam Antologi ‘Ayn Karya Kemala: Analisis Terjemahan dan Sufistik. International Conference of Language & Education (ILEC2025), 110–125. https://sites.google.com/view/ilec2025/home3120-3809https://sites.google.com/view/ilec2025/homehttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28529International Conference of Language & Education (iLEC2025): Empowering Language and Education to Develop Madani Generation in the Era of Artificial Intelligence (AI) 17 & 18 November 2025 Organized by Universiti Sains Islam MalaysiaKarya Sufi dikenali sebagai sebuah karya yang sarat dengan kepelbagaian simbol sebagai representasi maqamat Sufi. Namun, didapati bahawa perbahasan tentang puisi Moden di Malaysia masih kurang menyentuh tentang simbol dan maqamat Sufi ini. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji simbol alam sebagai representasi maqam ma‘rifah dalam antologi puisi ‘Ayn karya Kemala. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simbol alam sebagai representasi maqam ma’rifah, kemudian menganalisis proses penterjemahan simbol tersebut ke bahasa Arab dari segi pemindahan makna dan nuansa ma’rifah, seterusnya menyingkap implikasi proses penterjemahan terhadap elemen maqam ma’rifah dalam teks sasaran. Bagi mendapatkan data, Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasi kaedah analisis teks. Kajian memilih antologi puisi ‘Ayn sebagai data primer, seterusnya menjalankan analisis deskriptif-analitik terhadap elemen maqam ma’rifah yang dikemukakan dalam antologi tersebut bagi menelusuri makna literal dan kontekstual. Kajian menganalisis puisi ini dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa sumber (BSU) dan bahasa Arab sebagai bahasa sasaran (BSA). Melalui analisis terhadap beberapa puisi pilihan, dapatan kajian menunjukkan bahawa penyair menggunakan simbol alam seperti angin, sungai, air, gurun, taman dan gemulung laut sebagai representasi maqam ma'rifah. Walaupun terjemahan bahasa Arab berjaya menyampaikan makna umum puisi, namun terdapat kehilangan nuansa retorik seperti metafora, simbolisme, dan kedalaman gambaran pengalaman sufistik yang menjadi teras kepada maqam ma’rifah. Ini menunjukkan bahawa penterjemahan puisi sufistik bukan sahaja memerlukan kecekapan linguistik, tetapi juga pemahaman mendalam terhadap falsafah dan pengalaman tasawuf dari kaca mata seorang salik. Kepentingan kajian terletak pada sumbangannya dalam memperkaya kritikan sastera Melayu dari perspektif sufisme dan terjemahan, serta membantu pelestarian nilai spiritual dalam karya sastera Melayu-Islam.msSimbol alammaqam Ma’rifahantologi 'AynKemalaPenterjemahanPuisi SufiSymbols of natureMa'rifah station'Ayn anthologyTranslationSufi poetrySimbol Alam Sebagai Representasi Maqam Ma‘Rifah dalam Antologi ‘Ayn Karya Kemala: Analisis Terjemahan dan Sufistiktext::conference output::conference proceedings::conference paper110125