Fathiyah Mohd FakhruddinAhmad Fauzi Mohd AyubNorlizah Che HassanWan Marzuki Wan JaafarLukman Abdul Mutalib2024-05-302024-05-302019Mohd Fakhruddin, F., Mohd Ayub, A. F., Che Hassan, N., Wan Jaafar, W. M. ., & Abd Mutalib, L. (2019). Cabaran Pembelajaran dan Sokongan yang Diperlukan oleh Murid Tahfiz di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Terpilih di Malaysia: Learning Challenges and Support Needed by Tahfiz Students at Selected Government-Funded Religious Schools in Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 3(2), 35-45. https://doi.org/10.33102/jqss.vol3no2.5110.33102/jqss.vol3no2.51https://jqss.usim.edu.my/index.php/jqss/article/view/51https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15050Vol. 3 No. 2 (2019)Pembelajaran tahfiz ialah satu bentuk pembelajaran yang agak sukar dan mencabar terutama dalam konteks pendidikan tahfiz menengah yang ditawarkan bersama-sama dengan kurikulum arus perdana iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kajian ini dijalankan bagi meneroka bentuk cabaran dan sokongan yang diperlukan oleh murid tahfiz yang berada di sekolah agama bantuan kerajaan terpilih di Malaysia. Pendekatan kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang ditentukan iaitu berkisar kepada penerokaan secara mendalam terhadap cabaran dan sokongan yang diperlukan oleh murid tahfiz. Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi memilih peserta kajian yang terdiri daripada murid yang telah mengikuti pembelajaran tahfiz sekurang-kurangnya tiga tahun. Temu bual mendalam secara individu dijalankan terhadap peserta kajian yang melibatkan 11 orang murid tahfiz. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi murid iaitu cabaran persekitaran rumah, cabaran kesukaran menghafaz, cabaran gajet dan cabaran rakan sebaya. Seterusnya dapatan menunjukkan terdapat beberapa sokongan yang diperlukan murid iaitu sokongan guru, ibu bapa, rakan dan sekolah. Kajian ini memberi implikasi penting bahawa sokongan adalah aspek yang signifikan kepada murid tahfiz agar mereka mampu menghadapi cabaran pembelajaran.Pembelajaran tahfizMurid tahfizCabaran pembelajaranSokonganSekolah agama bantuan kerajaanCabaran Pembelajaran dan Sokongan yang Diperlukan oleh Murid Tahfiz di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Terpilih di MalaysiaArticle354532