Norma binti Jusof2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16868PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaSikap guru memainkan peranan yang penting bagi menentukan keberkesanan pengajaran dan pencapaian murid. Sikap guru mempunyai perkaitan rapat dengan amalan guru semasa dalam kelas. Sikap guru yang positif akan menentukan keberkesanan dalam amalan pengajaran seharian dan sebaliknya sikap guru yang negatif akan menjejaskan pembelajaran murid. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Seramai 500 orang guru Pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 22.Ujian t tidak bersandar dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan jantina dan lokasi sekolah dan Ujian Anova satu hala dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan jantina serta didapati terdapat perbezaan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman mengajar. Dapatan ini diharap dapat dijadikan panduan terutamanya kepada guru Pendidikan Islam, pihak sekolah, penggubal dasar, institusi pendidikan guru dan universiti serta kepada teori yang mendasarinya dan amalan pedagogi terutamanya pedagogi Pendidikan Islam.otherSikap guru, pengajaran berpusatkan murid, sekolah rendahSikap Guru Terhadap Pengajaran Berpusatkan Murid Di Kalangan Guru Pendidikan Islam Dalam Mata Pelajaran Al-Quran Di Sekolah Kebangsaan: Satu TinjauanArticle539554