Muhammad Azizan SabjanKartina Sari Abd Karim2026-06-102026-06-102026-05-31Muhammad Azizan Sabjan & Kartina Sari Abd Karim (2026). Ashabul Kahfi Dan Realiti Belia Muslim Di Malaysia: Ashab al-Kahfi and the Reality of Muslim Youth in Malaysia. Sains Insani, 11(1), 101–109. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol11no1.868127-7871]10.33102/sainsinsani.vol11no1.868https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/868/412https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/29715Indexed by MyciteBelia merupakan aset yang amat bernilai kepada sesebuah negara kerana mereka menjadi pelapis kepimpinan dan penentu hala tuju masa hadapan. Dalam konteks Malaysia, belia Muslim dilihat memainkan peranan yang lebih menonjol sebagai tonggak utama dalam memastikan kelestarian umat Islam dari sudut akidah, akhlak dan kefahaman beragama. Namun begitu, realiti semasa menunjukkan sebahagian belia Muslim berdepan dengan krisis identiti, kekeliruan nilai serta kelemahan dalam menyusun keutamaan hidup (fiqh al-awlawiyyat). Keadaan ini diburukkan lagi dengan usaha dakwah yang terhad dan kurang berkesan dalam mendekati keperluan serta cabaran sebenar golongan belia. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi membandingkan ketauladanan pemuda Ashabul Kahfi yang dirakamkan dalam al-Qur’an dengan realiti pembentukan jati diri belia Muslim di Malaysia masa kini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan dengan menganalisis sumber-sumber tafsir, hadis, serta kajian kontemporari berkaitan belia dan dakwah Islam. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif bagi menilai persamaan dan perbezaan dari sudut akidah, keberanian moral, serta komitmen terhadap nilai kebenaran. Dapatan kajian menunjukkan wujud jurang yang ketara antara kredibiliti Ashabul Kahfi sebagai model belia beriman dengan realiti pembawakan diri sebahagian belia Muslim hari ini. Oleh itu, pembangunan identiti generasi muda Islam yang berteraskan nilai-nilai Ashabul Kahfi dilihat amat realistik dan relevan, sama ada dalam memperkukuh jati diri Muslim mahupun sebagai asas dakwah berkesan dalam masyarakat majmuk di Malaysia.msAshabul KahfiMuslim youthdakwahpluralsocietyAshabul Kahfi Dan Realiti Belia Muslim Di MalaysiaAshab al-Kahfiand the Reality of Muslim Youth in Malaysiajournal-article101109111