Azman A.RMohd Faez A.BSiti Zulaikha Mokhtar2024-05-292024-05-292016Ab. Rahman, A., Abu Bakar, M. F., & Mokhtar, S. Z. (2018). Pengurusan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir: Penentuan Keperluan Asas Berasaskan Indeks Syariah Malaysia: Management of Contribution to Flood Victims: Determination of Basic Needs Based on Malaysia Shariah Index. Journal of Fatwa Management and Research, 8(1), 143–158. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol8no1.562232-104710.33102/jfatwa.vol8no1.56http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/56https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13566Journal of Fatwa Management and Research Volume 8 No.1 Page (143-158)Bah banjir yang berlaku pada penghujung 2014 dikenali sebagai bah kuning. Bah banjir tersebut mengakibatkan keadaan rumah, kawasan dan sekitar daerah rosak akibat kesan kedatangan banjir tersebut. Pengurusan banjir dikategorikan dengan tiga keadaan iaitu sebelum, semasa dan selepas. Isu ketidaktepatan dalam penentuan kutipan dan agihan barangan sumbangan kepada mangsa banjir sering ditimbulkan oleh mangsa banjir dan pihak-pihak tertentu. Justeru, objektif kajian ini membincangkan konsep Indeks Syariah Malaysia (ISM) dan pendekatan pengurusan sumbangan kepada mangsa banjir berasaskan ISM. Kajian ini juga akan menilai jenis- jenis sumbangan yang diperlukan oleh mangsa banjir semasa berlaku banjir di samping penentuan keperluan asas berasaskan keutamaan. Reka bentuk kajian ini adalah secara kualititatif dan kuantitatif iaitu menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual serta soal selidik termasuk juga kajian secara dokumentasi yang menggunakan kaedah induktif dengan merujuk manual dan laporan pengurusan sebelum, semasa dan selepas bencana banjir. Hasil kajian mendapati tujuh jenis kit kecemasan yang perlu diberikan kepada mangsa banjir semasa banjir iaitu kit ibadah, kit makanan, kit kesihatan, kit pakaian, kit pendidikan, kit penempatan dan kit simpanan barang berharga. Hasil kajian juga mendapati pengurusan sumbangan mangsa banjir semasa berlaku banjir memerlukan satu garis panduan yang khusus berasaskan ISM bagi tujuan penentuan keperluan asas dan jenis-jenis sumbangan mengikut keutamaan. Penentuan keperluan asas ini amat penting bagi mewujudkan kit-kit kecemasan yang boleh menjadi garis panduan kepada kerajaan, NGO-NGO dan pihak-pihak sukarelawan dalam membantu mangsa banjir. Kajian lanjutan berkaitan penentuan keperluan asas sebelum dan selepas banjir diperlukan bagi memastikan mangsa banjir mendapat bantuan sebagaimana yang diperlukan.otherPengurusanSumbanganKeperluanBanjirMangsa banjirIndeks Syariah Malaysia.Pengurusan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir: Penentuan Keperluan Asas Berasaskan Indeks Syariah MalaysiaArticle14315881