Hasnizam bin HashimWan Abdul Fattah bin Wan IsmailZulfaqar bin MamatAhmad Shukran bin BaharuddinLukman bin Abdul MutalibNorma Jusof2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16921PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaHukuman merupakan penalti yang dikenakan ke atas seseorang yang telah disabitkan kesalahan jenayah oleh sesebuah mahkamah yang berkuasa. Hukuman adalah penting dalam usaha untuk mengekalkan keamanan dan mewujudkan suasana terkawal dalam sesebuah masyarakat dan negara. Dalam kes-kes jenayah berat, memang tidak dapat dinafikan bahawa hukuman berbentuk keseksaan wajar diberikan sebagai balasan atas perbuatan jahat yang telah dilakukan. Di Malaysia, selepas berlakunya penjajahan British ke atas Tanah Melayu, undang-undang Islam telah diberikan tafsiran dan bidang kuasa yang amat sempit. Pelaksanaannya kini, walaupun selepas 64 tahun negara beroleh kemerdekaan, masih lagi terbatas kepada hukuman berbentuk denda, sebat dan penjara seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Disemak-1988) atau Akta 355. Walaupun peruntukan hukuman keseksaan di bawah Akta ini jauh lebih ringan berbanding perundangan sivil, pelaksanaannya seringkali mengundang kontroversi dan mendapat tentangan serta cemuhan yang tidak berkesudahan daripada pelbagai pihak termasuk daripada umat Islam sendiri. Tidak habis di situ, sebarang usaha bagi memperkasa undang-undang Jenayah Islam pasti akan mendapat pelbagai tentangan. Tindakan ini antaranya berpunca daripada salah faham tentang konsep sebenar hukuman keseksaan dalam perundangan syariah yang dilaksanakan serta ketidaksediaan pihak pelaksana. Justeru kertas kerja ini akan cuba memperbetulkan salah faham yang berlaku dengan mendatangkan otoriti dan justifikasi daripada al-Quran dan al-Sunnah sebagai usaha dalam meperkasa perundangan syariah negara agar ianya kekal relevan dengan suasana dan situasi semasa. Hasil kajian mendapati bahawa langkah-langkah tertentu perlu diambil segera oleh pihak-pihak berkaitan dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat agar salah faham ini dapat diatasi dan tidak menjejaskan imej Islam sebagai agama rasmi negara.otherHukuman keseksaan, Perundangan Jenayah Syariah, Malaysia, Perspektif al-Quran dan al-Sunnah.Salah Faham Terhadapkonsep Hukuman Keseksaan Dalam Perundangan Jenayah Syariah Di Malaysia: Suatu Penjelasan Daripada Perspektif Al-Quran Dan Al-SunnahArticle642653