Marina Abu BakarShofian AhmadAhmad Dahlan SallehMohd Fairuz Md Salleh2024-05-302024-05-302020-05Abu Bakar, M. ., Ahmad, S. ., Salleh, A. D., & Nohd Salleh, M. F. (2020). Transformasi Tadbir Urus Wakaf oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs): Transformation of Waqf Governance by Perlis Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIPs). Sains Insani, 5(1), 212-224. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.194 (Original work published May 31, 2020)0127-787110.33102/sainsinsani.vol5no1.194224https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/194https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15235Vol. 5 No. 1 (2020): Jurnal Sains InsaniWakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat, ada masa yang sama mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT. Di Malaysia, wakaf ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di negeri masing-masing. Namun, dewasa ini wakaf sering dikaitkan dengan masalah tadbir urus rentetan daripada kelompongan yang terdapat dalam tadbir urus institusi wakaf itu sendiri. Seiring dengan kebangkitan institusi wakaf mutakhir ini, maka panggilan ke arah pengamalan tadbir urus yang baik dan amalan terbaik wakaf semakin terserlah. Ini kerana amalan terbaik tadbir urus yang baik perlu diadaptasi oleh MAIN lantaran ia merupakan antara faktor kejayaan yang bersifat kritikal untuk menghidupkan semula institusi wakaf di Malaysia. Artikel ini bertujuan membincangkan transformasi tadbir urus Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selaku institusi yang menguruskan wakaf di negeri Perlis. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunapakai reka bentuk kajian kes. Dalam menganalisa data kajian, penulis menggunakan kaedah analisis kandungan. Data kajian dikumpul melalui dokumen dan temu bual separa struktur bersama pegawai-pegawai wakaf di MAIPs. Hasil kajian menunjukkan bahawa MAIPs telah melalui beberapa fasa transformasi tadbir urus yang positif dalam menguruskan wakaf di Perlis. Kejayaan tadbir urus yang diimplementasikan oleh MAIPs merupakan bukti bahawa MAIPs bersikap proaktif dalam mengurus dan mentadbir wakaf di negeri Perlis. Implikasi kajian ini dapat membantu pembuat dasar, pentadbir dan pengurus institusi wakaf untuk menambahbaik sistem tadbir urus yang sedia ada agar wakaf dapat dimartabatkan dan dimanfaatkan untuk umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya.enTadbir Urus; Wakaf; Transformasi;Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).Transformasi Tadbir Urus Wakaf oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)Transformation of Waqf Governance by Perlis Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIPs)Article21251