Nor Aina Mhd KhotibSyarifah Md Yusof2024-05-302024-05-302022Nawai, N., Khairi, K. F., Abdul Hamid, S., Nazri, M. A., Ramli, N. A., Abd Aziz, S., Ibrahim, M. A., & Abdul Shukor, S. (Eds.). (2022). e-Proceedings of The 10th Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference 2022 (iBAF2022) : “Future-Proofing for Business Excellence Through Islamic Banking, Accounting and Finance.” Universiti Sains Islam Malaysia. https://fem.usim.edu.my/ibaf2022-proceeding/eISSN 2948-460Xhttps://fem.usim.edu.my/ibaf2022-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17490e-Proceedings of The 10th Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference 2022 (iBAF2022): “Future-Proofing for Business Excellence Through Islamic Banking, Accounting and Finance”/ Editors: Norhaziah Nawai, Khairil Faizal Khairi, Suhaila Abdul Hamid, Muhamad Azrin Nazri, Nur Ainna Ramli, Sumaiyah Abd Aziz, Mohd Adha Ibrahim, Syadiyah Abdul Shukor. 13th-14th September 2022 (Virtual Conference) Organized by: Faculty of Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam MalaysiaPemilihan makanan halal merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan setiap pengguna Muslim. Justeru, kefahaman yang baik terhadap aspek-aspek pemilihan makanan diperlukan bagi memastikan umat Islam mengambil produk makanan yang mematuhi syariah. Berikutan kemunculan isu “Buy Muslim First” atau BMF, pengguna Muslim digalakkan untuk membeli produk keluaran Muslim. Walau bagaimanapun, kebanyakan produk keluaran Muslim tidak mempunyai logo halal. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi pengguna Muslim terhadap “produk berlogo halal” dan “produk Muslim” serta faktor penentu kepada pemilihannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Informan dipilih dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia iaitu seramai 22 orang pelajar. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan yang menggunakan kaedah temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Temu bual dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform Webex. Soalan temu bual melibatkan dua konstruk utama, iaitu persepsi dan penentu kepada pemilihan. Analisis kajian menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa informan mempunyai kesedaran yang baik terhadap produk berlogo halal kerana majoriti mereka akan memilih produk yang mempunyai logo halal berbanding produk Muslim. Hal ini menunjukkan bahawa isu “Buy Muslim First” tidak mempengaruhi pengguna Muslim terhadap keyakinan mereka kepada produk berlogo halal. Implikasi kajian ini adalah dapat membantu usahawan Muslim dalam meningkatkan kualiti perniagaan mereka seperti memohon pensijilan halal memandangkan hasil kajian menunjukan pengguna lebih mementingkan produk yang mempunyai logo halal.otherHalal; Produk Muslim; Produk Halal; Pengguna MuslimFaktor Pemilihan Pengguna Muslim Terhadap Produk Berlogo Halal Dan Produk MuslimArticle457463