Muhammad Yusuf KhalidMizan Adiliah Ahmad Ibrahim2024-06-042024-06-042005https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18969Kajian penyelidikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini adalah satu kajian yang berbentuk ‘ex post facto’ dan bertujuan untuk mengenal pasti unsure-unsur agama yang terdapat dalam program latihan PLKN, beserta pendekatan dan perlaksanaannya dalam program. Kajian juga dijalankan untuk mendapatkan pandangan-pandangan daripada pelatih dan jurulatih berkenaan hal ini. Kajian ini berbentuk deskriptif ini melibatkan 344 responden yang terdiri daripada para pelatih dan jurulatih program latihan PLKN seri ketiga di sekitar Lembah Klang (Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Melaya, Univbersiti Putra Malaysia, dan Universiti Teknologi MARA). Hasil kajian ini pula diperolehi melalui kajian soal selidik berstruktur dan tidak berstruktur yang telah diedarkan di kem-kem latihan PLKN dan analisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan kaedah deskreptif (kekerapan dan peratusan). Dapatan kajian mendapatibahawa penerapan dan pendekatan agama yang telah diterapkan dalam program PLKN masih belum menyeluruh dan mencukupi berdasarkan situasi masyarakat Malaysia yang multi-religious, multi-recial dan multi-culture. Mejoriti responden telah bersetuju dengan peranan agama dalam modul yang berupaya menjadi catalyst kepada pembinaan nilai-nilai positif dalam diri peserta terhadap keluarga, masyarakat dan Negara. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa terdapat keperluan untuk memperincikan pendekatan dan pelaksanaan aspek agama dalam progam untuk pembinaan satu nucleus yang konstruktif kepada pembinaan Negara Malaysia yang bertamadun dan harmoni.otherKajian Terhadap Aspek Agama Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)Other