Md Azmi Abu BakarNuradli Ridzwan Shah Mohd Dali2024-12-262024-12-2620242024-12-23Md Azmi Abu Bakar & Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali. (2024). Kajian Kualitatif Terhadap Kaedah Perkongsian Untung Kepada Peserta Dalam Takaful (A Qualitative Study On Profit Sharing Methods To Participants In Takaful). Jurnal Pengguna Malaysia, 40(2), 21–37. Retrieved from https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/2633030-5779573-79https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25671https://jpmjurnal.com/jpm/article/view/263Non-Indexed PublicationKonsep pembahagian untung dalam takaful adalah antara ciri unik yang menjadi antara sebab tarikan pengguna untuk melanggani produk-produk takaful. Namun, sehingga kini masih ramai masyarakat pengguna yang tidak memahami tentang hak berkongsi untung dalam takaful dan bagaimana bayaran keuntungan kepada peserta ditaksirkan dan dibayar kepada peserta. Di samping itu, terdapat hanya segelintir penulisan dan kajian berkaitan kaedah dan mekanisme agihan keuntungan kepada peserta, hak dan syarat-syarat yang melayakkan seseorang peserta takaful layak mendapat bahagian perkongsian lebihan dana takaful, serta faktor-faktor yang menentukan jumlah amaun keuntungan yang layak diperolehi oleh peserta. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual bersama wakil dari kesemua empat pengendali takaful am yang beroperasi di Malaysia. Hasil kajian mendapati tahap kesedaran dalam kalangan peserta-peserta takaful mengenai hak dan kelayakan mereka atas lebihan dana takaful masih rendah. Artikel ini juga mengupas beberapa amalan dalam industri takaful yang berbeza-beza di antara satu pengendali takaful dengan pengendali takaful yang lain yang boleh diselaraskan untuk memberikan impak yang lebih baik dalam menjaga maslahah dan kebajikan pengguna produk-produk takaful dan seterusnya memberikan imej yang lebih baik di mata umum yang akhirnya boleh menarik minat lebih ramai menyertai produk-produk dan perkhidmatan takaful.msKewangan IslamTakafulInsurans IslamPengendali TakafulPerlindungan SyariahLebihan Agihan Dana TakafulTabarru’.Kajian Kualitatif Terhadap Kaedah Perkongsian Untung Kepada Peserta Dalam TakafulA Qualitative Study On Profit Sharing Methods To Participants In Takafultext::journal::journal article2137402