Amin Al Haadi Bin ShafieMohamad Isa AmatKhairunneezam Mohd NoorSalleh Amat2024-05-292024-05-2920162232-0431https://doi.org/10.33102/abqari.vol7no1https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14202Volume :7Kesedaran mangsa buli memahami maksud buli, mengapa diri mereka dibuli, dan kepentingan peningkatan efikasi kendiri didapati membantu mangsa buli menghadapi fenomena buli. Kajian eksperimen yang mengaplikasikan kaunseling kelompok terapi tingkah laku kognitif terhadap pelajar mangsa buli yang telah dijalankan ini telah menunjukkan kesan positif. Data kualitatif dari hasil temu bual pra dan pasca, yang menggunakan soal selidik semi struktur, telah memperlihatkan peningkatan tahap pengetahuan mengenai buli dan sebab diri mangsa dibuli. Bagi mengukur efikasi kendiri, skala The Peer Aggression Coping Self Efficacy Scale (PACSES) telah diterjemah dan digunakan pada peringkat pra dan pasca temu bual. Kajian mendapati terdapat peningkatan efikasi kendiri dalam kalangan responden yang telah mengikuti kaunseling kelompok tingkahlaku kognitif. Kajian ini telah menunjukkan penggunaan terapi tingkah laku kognitif yang memfokuskan kepada bidang pengetahuan tentang buli, memahami sebab diri dibuli dan efikasi kendiri oleh kaunselor sekolah untuk membantu mangsa buli, dan dapat memperkasakan diri mangsa buli dalam menghadapi situasi buli.otherMangsa buli, Terapi Tingkah Laku Kognitif, Kaunseling Kelompok, Efikasi kendiri, Sekolah menengah, BuliKesan Intervensi Kaunseling Kelompok Tingkah Laku Kognitif (CBT) Terhadap Mangsa BuliThe Impact of Group Counseling Intervention Cognitive Behaviour Therapy (CBT) towards Bully VictimsArticle1331467