Norwardatun Mohamed RazaliRobiatul Adawiyah Mohd @ Amat2025-12-222025-12-222025Norwardatun Mohamed Razalii, Robiatul Adawiyah Mohd@Amat. (2025). Warna Hijau Sebagai Intervensi Nonfarmakologi Bagi Masalah Kebimbangan (Anxiety): Analisis dari Perspektif Al-Quran dan Hadith Sahih Al-Bukhari. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 362–377. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28311International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Kajian ini meneliti makna dan penggunaan warna hijau dalam nas al-Qur’an dan Hadith Sahih al-Bukhari serta hubungannya dengan intervensi secara nonfarmakologi bagi masalah kebimbangan (anxiety). Analisis kualitatif dokumen dilakukan terhadap ayat-ayat al-Qur’an yang mengandungi lafaz berkaitan warna hijau serta 13 teks hadith daripada Sahih al-Bukhari. Dapatan kajian menunjukkan warna hijau dalam al-Qur’an dikaitkan dengan kesuburan tumbuhan, kesegaran bumi selepas hujan, pakaian dan tempat beradu ahli syurga dan keindahan taman di akhirat. Dalam konteks hadith Sahih al-Bukhari pula, 12 teks hadith membawa konotasi positif dengan tema pakaian, barangan, alam semulajadi, taman, tumbuhan, permaidani dan perumpamaan iman atau harta, manakala satu hadith lagi membawa konotasi negatif yang menggambarkan penderitaan fizikal seorang wanita. Secara keseluruhan, warna hijau dalam nas al-Quran dan hadith Sahih al-Bukhari merujuk kepada kehidupan, ketenangan, keberkatan, dan kenikmatan di akhirat. Dapatan kajian ini disepadukan dengan hasil kajian dalam psikologi moden yang mendapati warna hijau memberi kesan relaksasi, menstabilkan emosi serta menurunkan tahap kebimbangan. Justeru, warna hijau dilihat mempunyai peranan sebagai elemen penting dalam terapi warna berdasarkan nas al-Quran dan Hadith Nabawi sebagai pendekatan secara nonfarmakologi bagi masalah kebimbangan ( anxiety).msal-Quranhijauintervensi nonfarmakologikebimbangan (anxiety)sahih al-Bukharigreennon-pharmacological interventionanxietyWarna Hijau Sebagai Intervensi Nonfarmakologi Bagi Masalah Kebimbangan (Anxiety): Analisis dari Perspektif Al-Quran dan Hadith Sahih Al-Bukharitext::conference output::conference proceedings::conference paper362377