Raina Binti RamliNur Hasanatul Fadhillah Binti Ma’arofNur Nadiah Binti Mohd Halid2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17603E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Seluruh dunia sudah mula mengambil berat akan golongan orang kelainan upaya (OKU) dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi golongan ini seperti tempat letak kereta khusus bagi (OKU), tandas untuk golongan (OKU), laluan bagi golongan (OKU), bahkan sekolah khusus untuk mereka. Usaha ini telah ditambah baik bagi golongan orang kelainan upaya yang beragama Islam dengan menghasilkan Quran Braille bagi orang kelainan upaya penglihatan serta Al-Quran isyarat bagi golongan orang kelainan upaya pendengaran. Artikel ini khususnya akan membincangkan tentang penggunaan bahasa isyarat dalam pembelajaran Al-Quran bagi orang kelainan upaya pendengaran. Ini adalah bertujuan bagi menyedarkan lebih ramai dari kalangan masyarakat akan kewujudan pembacaan Al-Quran dengan bahasa isyarat dan menggalakkan pembelajaran dan pembacaan Al-Quran kepada lebih ramai orang terutamanya golongan orang kelainan upaya. Artikel ini akan menggunakan metodologi kajian kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan dalam menerangkan sejarah penggunaan bahasa isyarat dalam pembacaan Al-Quran, pandangan Al-Quran dan Hadis terhadap golongan orang kelainan upaya, serta manfaat dan hikmah Al-Quran isyarat bagi golongan ini. Dapatan kajian membuktikan Al-Quran isyarat ini dapat membantu lebih ramai golongan orang kelainan upaya pendengaran ini untuk membaca dan memahami Al-Quran. Penghasilan Al-Quran isyarat ini turut menjadi pendorong utama untuk usaha-usaha lain bagi membantu golongan orang kelainan upaya untuk lebih memahami agama Islam.otherOKU Pendengaran, Al-Quran, Bahasa IsyaratKaedah Bahasa Isyarat dalam Pembelajaran Al-Quran bagi Orang Kelainan Upaya PendengaranArticle165176