Mohamad Aliyuddin Mohd NazirMuhammad Irfan Asyraf AhmadMuhammad Aizat Mohamad PaisalMuhammad Anas Mohd Shaiful NizamHanif Azhari Md DiahHasnizam HashimSyaryanti Hussin2026-01-062026-01-062025Mohamad Aliyuddin Mohd Nazir, Muhammad Irfan Asyraf Ahmad, Muhammad Aizat Mohamad Paisal, Muhammad Anas Mohd Shaiful Nizam, Hanif Azhari Md Diah, Hasnizam Hashim, Syaryanti Hussin. (2025). PELAKSANAAN HUKUMAN QISAS DALAM SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA: SATU ANALISIS MENGENAI KESESUAIANNYA. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF) - CFORSJ Procedia, 3(1), 505-518. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/220https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/220https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28370Hukuman qisas merupakan antara salah satu bentuk pelaksanaan keadilan yang penting dalam sistem perundangan jenayah Islam yang bertujuan untuk menegakkan keadilan terhadap mangsa dan juga memelihara keharmonian sosial dalam masa yang sama. Walau bagaimanapun, wujud kekeliruan sesetengah pihak dalam memahami hukuman qisas berikutan tidak banyak dibahaskan terutamanya dalam konteks kebolehlaksanannya dalam sistem perundangan di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai dan menganalisis hikmah pelaksanaan hukuman qisas berdasarkan sumber hukum Islam serta menilai kesesuaianya daripada sudut keadilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan analisis kandungan terhadap literatur ilmiah, kitab turath serta pandangan para sarjana Islam terdahulu dan kontemporari berkaitan pelaksanaan dan hikmah hukuman qisas khususnya dalam menilai kesesuaiannya dengan sistem perundangan di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa hukuman qisas bukan hanya untuk pembalasan tetapi merupakan satu kaedah pendidikan dan pencegahan jenayah yang berasaskan prinsip keadilan, tanggungjawab dan ihsan. Selain itu, pelaksanaannya turut membuka ruang kepada konsep kemaafan serta denda sebagai simbol keseimbangan antara hak individu dan kemaslahatan umum demi memberikan keadilan terhadap mangsa jenayah. Kajian ini penting bagi memperjelas pelaksanaan hukuman qisas yang kadangkala dianggap tidak berperikemanusiaan serta tidak releven dengan situasi semasa masyarakat dan pada masa yang sama memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap falsafah hukum Islam yang sering diketepikan dalam perbincangan arus perdana. Secara keseluruhannya, tujuan pelaksanaan qisas bukan sahaja menggambarkan keadilan yang mutlak tetapi turut mencerminkan ketelitian hukum Islam dalam menyeimbangkan keperluan rohani dan sosial manusia yang menjadikannya relevan dalam konteks perundangan semasa.msQisas punishmentLegal system in MalaysiaJusticeMaqasid SyariahSuitability analysis: Hukuman QisasSistem Perundangan di MalaysiaKeadilanAnalisis KesesuaianPelaksanaan Hukuman Qisas dalam Sistem Perundangan di Malaysia: Satu Analisis Mengenai KesesuaiannyaThe Implementation of Qisas Punishment in the Malasia’s Legal System: An Analysis of its Suitabilitytext::conference output::conference proceedings::conference paper505518