Siti Nordiana binti KatekNur Athirah binti HasmainNurul Izzati binti ZahariSyed Najihuddin Bin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 978-629-7534-37-4https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17594E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Hadith merupakan sumber kedua yang terpenting dalam Islam selepas al-Quran. Seiring dengan kemajuan teknologi seperti internet dan media sosial, ia menjadi salah satu platform kepada masyarakat untuk merujuk kepada sesuatu hadith. Namun, perkembangan hadith di media sosial dapat dilihat dengan bercampurnya hadith palsu dengan hadith sahih yang boleh diterima sebagai hujah, sehingga menyebabkan para ulama’ zaman berzaman berusaha untuk memelihara keaslian hadith daripada dicemari oleh anasir luar. Antara kaedah yang diberi fokus adalah kaedah Tabayyun dalam menerima sesuatu hadith yang bertujuan untuk memelihara ketepatan makna hadith yang disampaikan sebelum disebarkan kepada pihak lain. Sebaliknya, pengabaian terhadap konsep ini boleh menjejaskan keadaan sah sesuatu hadith disebabkan tergopoh-gopoh dalam penerimaan sesuatu hadith tersebut tanpa melakukan sebarang proses tapisan. Disamping itu, kajian ini akan menerangkan konsep Tabayyun dan aplikasinya dalam penerimaan hadith serta faedahnya dalam mengatasi penyebaran hadith palsu dalam kalangan masyarakat yang semakin pesat mutakhir ini. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis dokumen perpustakaan dengan meneliti literatur yang berkaitan bagi memperolehi data-data kajian dan seterusnya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi konsep tabayyun ini dapat menjadi kaedah berkesan dalam menyekat penyebaran hadith palsu di Malaysia. Dapat kita lihat beberapa faedahnya seperti dalam memastikan kesahihan sesuatu berita yang diterima, menghidupkan sunnah para ulama’ terdahulu, melatih ketelitian penyampai berita, mendidik sikap berhati-hati dan mengelak salah faham dalam penerimaan sesuatu hadith. Pengaplikasian konsep ini penting kerana dapat membantu dalam mencegah penyebaran hadith-hadith palsu yang semakin mudah tersebar mutakhir ini akibat lambakan medium penyampaian maklumat hasil perkembangan teknologi terkini.otherAplikasi Tabayyun, Penyebaran Hadith Palsu, Media Sosial.Aplikasi Tabayyun dalam Penerimaan Hadith dan Faedahnya dalam Mengatasi Penyebaran Hadith PalsuArticle6880