Mohamed Razali, N.N.Mohamed Razali2024-05-292024-05-2920191823-4356http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/143https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14831Warna merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam kehidupan manusia. Di dalam al-Qurān, Allah Subhānahu wata’āla menyebut secara khusus warna-warna tertentu bagi menggambarkan keadaan tertentu. Di antara warna yang disebut di dalam al-Qur’ān ialah warna hijau yang mana ia merupakan warna yang sinonim dengan alam semulajadi. Namun begitu, penggunaan warna hijau di dalam setiap ayat pastinya membawa makna berbeza justeru memerlukan pemahaman dan tafsiran khusus dari ulama’ tafsir. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ayat al-Qur’ān yang menyebut warna hijau secara langsung dan tidak langsung. Bagi mencapai tujuan ini, penulis akan menggunakan kaedah induktif dengan cara mengumpul ayat-ayat al-Qur’ān yang mengandungi lafaz warna hijau kemudian menganalisis penggunaannya di dalam setiap ayat. Hasil analisis awal mendapati terdapat sembilan ayat yang menyebut warna hijau secara langsung dan satu ayat secara tidak langsung. Sebahagiannya menyentuh keadaan di dunia dan sebahagian lagi menjelaskan tentang kehidupan di hari akhirat, yang mana kesemua ayat ini membawa maksud yang positif seperti keamanan, ketenteraman dan kerehatan. Justeru pemilihan dan penggunaan warna hijau di dalam al-Qur’ān selari dengan emosi dan kehendak manusia yang cenderung kepada alam semulajadi yang kebiasaannya sinonim dengan warna ini.otherWarnaHijauTafsirAl-QuranWarna Hijau Menurut Perspektif Al-Quran: Satu Analisis AwalArticle1428151