Abdul Rasydan Mohamad RusliAhmad Sanusi AzmiAmran Abdul HalimAzwira Ab Aziz2024-12-102024-12-1020242024-12-10Abdul Rasydan Mohamad Rusli, Ahmad Sanusi Azmi, Amran Abdul Halim & Azwira Ab Aziz . (2024). Kajian Takhrij Hadith bagi Sukatan Pelajaran Sekolah-sekolah di Malaysia. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 10(1), 89–96. https://doi.org/10.37134/ejoss.vol10.1.8.20242462-24431983-4310.37134/ejoss.vol10.1.8.2024https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25389https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/EJOSS/article/view/10064/5433EDUCATUM Journal of Social Sciences, Volume 10 Issue 1 Page (89–96)Hadith-hadithyang dinyatakandalam silibuskurikulumdan diajar disekolah mesti dipastikan kesahihannya dengan cermat. Penggunaan hadith-hadith yang lemah atau palsu dalam kurikulum, khususnya di peringkat sekolah rendah, boleh menimbulkan salah fahamterhadap ajaran Islam dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengumpulkan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan analisis takhrij hadith-hadith yang dimuatkan dalam kurikulum sekolah. Melalui kajian ini, pengkaji telah berjaya mengumpulkan enam kajian lepas yang menganalisis kajian-kajian takhrijhadith bagisilibus pembelajaran dalam buku-bukuteks agama di sekolah. Kajian-kajian tersebut mengenal pasti dan mengelaskan hadith yang terdapat dalam buku teks berdasarkan status yang telah dikenalpasti. Di samping itu, pengkaji akan mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan untuk memastikan sukatan pelajaranmelalui proses pengemaskiniansemula. Dengan menggunakan metodologi kajian kepustakaan, kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran menyeluruh terhadap analisis takhrij yang telah dilakukan terhadap silibus pembelajaran di sekolah-sekolah.Selain itu, kajian ini juga mencadangkan pemurnian semula sukatan pelajaran dibuat dengan memastikan hadith-hadith dinyatakan dalam sukatan-sukatan pelajaran adalah memenuhi piawaian Kementerian Dalam Negeri (KDN), di samping penglibatan secara langsung pakar-pakar hadith dalam usaha pemurnian sukatan pelajaran.mstakhrijhadithsilibusPendidikan IslampembelajaranKajian Takhrij Hadith Bagi Sukatan Pelajaran Sekolah-sekolah Di Malaysiatext::journal::journal article::research article8996101