Mastura Abd WahabMohammad Amir Wan Harun2025-06-252025-06-252025-05-31Mastura Abd Wahab & Mohammad Amir Wan Harun (2025). Daging Sintetik Dalam Konsep Pemakanan Agama-Agama Utama di Malaysia: Suatu Perbandingan: Synthetic Meat in Dietary Concept of Major Religions in Malaysia: A Comparative. Sains Insani, 10(1), 75–89. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol10no1.7250127-787110.33102/sainsinsani.vol10no1.725https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/725/382https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/27058Sains Insani, Volume 10 Issue 1 Page (75–89)<jats:p>Daging sintetik merujuk kepada daging kultur dan daging berasaskan tumbuhan. Isu-isu berkaitan daging kultur khinzir dan lembu, dan daging khinzir berdasarkan tumbuhan dibincangkan dari sudut pandang konsep pemakanan agama-agama utama di Malaysia iaitu Islam, Buddha dan Hindu. Artikel ini membincangkan penerimaan daging sintetik dalam konsep pemakanan agama-agama utama di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan, iaitu dengan menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu analisis deskriptif berdasarkan sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa agama Islam menghalalkan daging kultur dan daging berasaskan tumbuhan yang diambil dari sumber haiwan yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak serta tidak mengandungi unsur-unsur yang menyerupai bahan haram, seperti perasa babi (pork flavour). Manakala, daging kultur boleh dimakan, tetapi tidak digalakkan oleh sesetengah penganut Buddha seperti aliran Theravada dan Mahayana yang berpegang teguh dalam prinsip ahimsa. Namun, penganut Buddha beraliran Vajrayana atau Tibet memakan daging kerana keadaan tanah yang kurang subur untuk tanaman tumbuhan dan sayuran. Mereka juga menyembelih daging tetapi tidak dinyatakan dengan cara yang spesifik. Penganut agama Hindu pula boleh makan daging kultur sekiranya pengambilan sel daging haiwan tersebut tidak melibatkan tindakan mencederakan atau membunuh binatang kerana ia bertepatan dengan amalan ahimsa. Namun, mereka dilarang untuk memakan daging kultur lembu kerana haiwan tersebut dianggap suci dalam agama Hindu. Bagi daging berasaskan tumbuhan pula boleh dimakan oleh kesemua penganut Buddha dan Hindu kerana bertepatan dengan diet vegetarian yang diamalkan oleh mereka. Kesimpulannya, setiap agama mempunyai pandangan yang berbeza mengikut ajaran masing-masing. Konsep pemakanan dan perkara-perkara yang sensitif dalam setiap agama perlu diambil tahu oleh semua rakyat bagi mengekalkan keharmonian hidup berbilang agama di Malaysia.</jats:p>msDaging Sintetik Dalam Konsep Pemakanan Agama-Agama Utama di Malaysia: Suatu PerbandinganSynthetic Meatin Dietary Concept of Major Religions in Malaysia: A Comparativejournal-article7589101