Nurin Kausar binti Abdul RahmanNur Aizatul Aisyah binti M AzwiAmnah Zanariah Abd RazakAiman Fadhilah binti Ahmad Rozley2024-05-302024-05-302023-12-23Mohamad Amin, A. F., Mohamad Jan, N. M. J., Mohamed, N. A., & Mazlan, N. F. F. M. (Eds.). (2023). In 4th Insan Junior Researchers International Conference 2023 (iJURECON 2023. Kolej PERMATA Insan.978-629-97667-5-9https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/165324th Insan Junior Researchers International Conference 2023 (iJURECON 2023) : "STREAM for a better futureā€/ editors : Ahmad Fuad Mohamad Amin, Nurhidaya Mohamad Jan, Nur Aisyah Mohamed, Nur Fatin Fathillah Mazlan 27-28 October 2023 Organized by : Kolej Permata InsanPendedahan kepada pelajar pintar dan berbakat dalam pemilihan kerjaya pelajar amat diperlukan agar pelajar dapat mengenal pasti kekuatan diri yang akan dijadikan panduan bagi pemilihan kerjaya masa depan pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan menggunakan instrumen Inventori Minat Kerjaya (IMK) oleh KPM 2012. Sampel kajian ini adalah seramai 50 orang pelajar tingkatan 5 di salah sebuah sekolah pintar dan berbakat Muslim di Negeri Sembilan. Inventori IMK ini dianalisis menggunakan analisis perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23. Analisis inferensi dilakukan bagi mengukur perbezaan pembolehubah minat kerjaya antara jantina. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara elemen yang tertinggi bagi pelajar lelaki ialah Investigatif (I), Artistik (A) dan Sosial (S), manakala bagi pelajar perempuan pula elemen tertinggi ialah Realistik (R), Sosial (S), Enterprising (E) serta Investigatif (I). Ini menunjukkan minat kecenderungan pelajar lelaki berbeza dari minat kecenderungan pelajar perempuan, namun terdapat sedikit persamaan dalam kecenderungan Sosial (S). Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa pemilihan kerjaya adalah suatu proses yang kompleks bagi pelajar pintar berbakat yang mempunyai pelbagai potensi dalam diri setiap individu namun pelajar perlu membuat keputusan serta persediaan sebelum memasuki dunia pekerjaan yang sebenar. Implikasi kajian ini dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah dalam kecenderungan pemilihan kerjaya bagi masa hadapan pelajar. Dapatan ini juga berguna bagi ibu bapa serta unit psikologi dan kaunseling sekolah dalam memahami kecenderungan pemilihan kerjaya pelajar ini. Hasilnya pelajar akan lebih yakin dan jelas tentang kerjaya pilihan mereka dan dapat mengetahui kelebihan serta cabaran yang bakal dilalui bagi bidang kerjaya yang bersesuaian dengan dapatan daripada data IMK ini.otherPelajar pintar dan berbakat, minat kerjaya, pemilihan kerjaya.Kecenderungan Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat Muslim di Negeri SembilanArticle141144