Siti Jamiaah Abdul JalilKhazri OsmanNurul Aini Nawawi2024-05-302024-05-302022ABDUL JALIL, S. J. B., OSMAN, K., & Nawawi, N. A. . (2022). Analisis Tret Personaliti al-Falāḥ dalam al-Quran: Analysis of al-Falāḥ’s Personality Traits in the Qur’an. Ulum Islamiyyah, 34(3), 1-16. Retrieved from https://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/5002289-47991675-593610.33102/uijhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16078VOL. 34 NO. 3 (2022)Menetapkan sesuatu ciri-ciri keperibadian individu berjaya atau bahagia itu agak subjektif. Dalam konteks agama Islam, memiliki tret atau sifat al-falāḥ adalah kunci kepada kejayaan dan kebahagiaan manusia dalam kehidupan. Istilah al-falāḥ merujuk kepada golongan ‘al-muflihūn’ yang disebut Allah SWT di banyak tempat di dalam al-Quran. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tret personaliti al-falāḥ yang dinyatakan di dalam al-Quran. Metode analisis kandungan digunakan dengan menganalisis ayat al-Quran yang mengandungi istilah al-falāḥ dengan bantuan aplikasi Quran Al Kareem melalui sistem operasi iPad OS 13.1.2 dan aplikasi Quran for Android melalui sistem operasi Android. Hasil kajian mendapati terdapat 40 ayat yang mengandungi perkataan yang berasaskan istilah al-falāḥ. Daripada 40 ayat tersebut, terdapat 30 tret personaliti al-falāḥ (TPF) yang dikenal pasti. Hasil analisis mendapati 30 TPF dapat dibahagikan kepada 3 bahagian berdasarkan kekerapan yang dinyatakan di dalam ayat-ayat al-falāḥ. Tret al-falāḥ ini menjadi indikator kepada tret kualiti keperibadian manusia untuk mencapai kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat.enpersonaliti, al-falah, al-Quran, bahagia, kejayaanAnalisis Tret Personaliti al-Falah dalam al-QuranAnalysis of al-Falah's Personality Traits in the QuranArticle343