Zulkiple Abd GhaniMusa Abu HassanFauziah HassanSuria Hani A. Rahman2024-05-302024-05-302012-11-30https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16257Penubuhan stesen TV AlHijrah pada tahun 2009 ternyata telah membawa satu inovasi baru dan mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan Islamik. Pembaharuan yang dinamik ini mencetuskan fenomena baru kepada seluruh dunia dengan pendekatan falsafah penyiaran yang berorientasikan Islam dan kandungan TV program yang telah disusun dan disiarkan untuk tontonan masyarakat. Konteks tajdid ataupun 'renewal'dalam media penyiaran yang dibawa oleh stesen TV ini sekaligus mengangkat imej positif Islam ke seluruh pelusuk dunia. Walaupun penubuhan stesen TV ini masih baru namun konsep Islam yang diperkenalkan nyata memberi perubahan besar dalam landskap dunia penyiaran. Penelitian awal juga menunjukkan terdapat perbezaan di antara konsep penyiaran yang dibawa oleh TVAlHijrah dan stesen televisyen lain yang sedia ada. Justeru, kertas konsep ini akan menelusuri sejarah penubuhan TV AlHijrah serta meneliti objektif dan idea yang cuba dibawa oleh stesen ini. Selain itu, kajian ini juga akan cuba merungkai segala isu, cabaran dan pendekatan dakwah Islamiah yang dibawa oleh TV AlHijrah dalam usaha mencipta kreativiti baharu untuk mengubah landskap media penyiaran demi kebaikan dan pembangunan ummah sejagat.otherTV AlHijrahPenyiaran IslamMedia dakwahTV AlHijrah: lnovasi Baru dalam Landskap Dunia Penyiaran IslamArticle