Muhammad Azhad Al-BohariAzman Ab. RahmanMuhammad Faiz Abd Shakor2025-03-042025-03-042025-01-17Muhammad Azhad Al-Bohari, Azman Ab Rahman & Muhammad Faiz Abd Shakor . (2025). Analisis Skim Agihan Zakat Di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Mengikut Maqasid Syariah : Analysis of the Zakat Distribution Scheme at Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) According to Maqasid Syariah. Journal of Fatwa Management and Research, 30(1), 199–211. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol30no1.66910.33102/jfatwa.vol30no1.669https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/669/571https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26453Indexed by Scopus/MyCite<jats:p>Zakat merupakan salah satu instrumen penting dalam meningkatkan keberdayaan ummah menghadapi cabaran ekonomi masa kini. Setiap skim yang disediakan perlu dinilai sama ada melengkapi keperluan asnaf berasaskan maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian ini akan membincangkan konsep maqasid syariah dalam konteks zakat serta menganalisis dan menilai skim agihan zakat kepada asnaf berasaskan maqasid syariah di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah dokumentasi. Hasil kajian mendapati secara umumnya skim-skim yang disediakan oleh di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kepada asnaf melengkapi setiap aspek maqasid syariah. Namun, semakan semula perlu dilakukan bagi memastikan skim-skim tersebut mengikut keutamaan lima prinsip maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi menilai setiap skim yang disediakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain bagi memenuhi tuntutan maqasid syariah yang ditekankan dalam ajaran Islam. Kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di setiap negeri dalam melaksanakan sistem pengagihan zakat dengan cekap dan efektif.</jats:p>en-USSkim Agihan ZakatUniversiti Tenaga NasionalMaqasid SyariahAnalisis Skim Agihan Zakat Di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Mengikut Maqasid Syariahtext::journal::journal article::research article