Mohamed, Y.Y.Mohamed2024-05-292024-05-2920192232-1047http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/215https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13861Produk Halal dan pengguna Muslim merupakan dua istilah yang amat sinonim. Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap pengguna Muslim. Al- Quran dan Sunnah telah menggariskan beberapa panduan yang jelas bagi memastikan sesuatu produk itu adalah halal dan baik. Kesedaran untuk mencari produk halal masih kurang dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan membentuk satu model aplikasi halal yang dihasilkan melalui kaedah kajian demografi dengan menggunakan teknik temu duga klinikal tentang bagaimana mengenal pasti sesuatu produk halal di pasaran dan amalanya yang praktikal. Kaedah temu bual pelajar akan digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan praktikaliti dan amalannya ketika mendapatkan sesuatu produk. Manakala, tatacara dan amalannya yang digunakan itu akan dianalisis dan dibentuk menjadi satu model yang boleh digunapakai oleh pengguna setelah menjalani ujian keberkesanannya.ModelProduk HalalAmalanPraktikalIslamModel Aplikasi Produk HalalArticle120161