Khazri OsmanMohamad Yazid Abdul MajidMelor Fauzita Md YusoffMohammad Fadzeli JaafarSharifah Nuraina Nabila Syed Sharifuddin2025-02-242025-02-2420242025-2-19Khazri Osman,Mohamad Yazid Abdul Majid,Melor Fauzita Md Yusoff, Mohammad Fadzeli Jaafar & Sharifah Nuraina Nabila Syed Sharifuddin (2024). Euphemism By Preachers In Negeri Sembilan Dialect : Eufemisme Oleh Pendakwah Dalam Dialek Negeri Sembilan. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 33(6), 16–302289-99442610-4https://al-qanatir.com/aq/article/view/1070/689https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26345Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, Volume 33 Issue 6 Page (16–30)Pendakwah berperanan dalam menyampaikan mesej dakwah agar masyarakat berpegang teguh pada agama. Dalam hal ini, pendakwah seharusnya menguasai dialek tempatan agar mauduk dakwah yang disampaikan dapat difahami dengan baik oleh golongan sasaran. Akan tetapi, penguasaan dialek sahaja tidak memadai, bahkan pendakwah hendaklah menerapkan eufemisme serta mengelakkan bahasa yang tabu. Penekanan ini penting kerana budaya masyarakat Melayu sememangnya berkait rapat dengan kesantunan. Meskipun eufemisme dalam pelbagai dialek telah dikaji, namun, masih terdapat ruang untuk mengkaji penerapan eufemisme oleh pendakwah dalam Dialek Negeri Sembilan, terutamanya dengan menggunakan teori al-Quran dan teori Allan & Burridge (1991). Hal ini disebabkan penggunaan dialek dalam dakwah mengukuhkan jati diri penuturnya sekali gus jati diri Negeri Sembilan itu sendiri. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes ini bertujuan mengenal pasti cabaran penggunaan dialek Negeri Sembilan oleh pendakwah, mengenal pasti kepentingan penggunaan eufemisme dalam penyampaian dakwah dan mengkaji eufemisme dialek Negeri Sembilan yang diterapkan oleh pendakwah. Dapatan mendapati elemen-elemen teori eufemisme yang diketengahkan oleh Allan & Burridge (1991),iaitu badan, seks, jantina, kemarahan, penyakit, kematian, ketakutan dan ketuhanan diterapkan oleh pendakwah dalam dialek Negeri Sembilan. Penggunaan eufemisme ini telah menyerlahkan sifat sopan santun yang disenangi oleh seluruh ahli masyarakat dan secara tidak langsung memudahkan proses dakwah oleh pendakwah. Penggunaan eufemisme dalam ujaran pendakwah juga didapati bersesuaian dengan konsep yang terdapat dalam al-Quran dan juga teori Allan & Burridge (1991).en-USEufemismePendakwahDialekNegeri Sembilan.Eufemisme Oleh Pendakwah Dalam Dialek Negeri SembilanEuphemism By Preachers In Negeri Sembilan Dialecttext::journal::journal article::research article115336