Muhammad Yusry Affandy Md Isa2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16854PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaHamka (w.1981M) selaku pengarang kitab Tafsir al-Azhar telah menekankan perihal akidah dalam pentafsiran Surah al-Fatihah. Pentafsiran akidah dilakukan berpandukan metodologi pentafsiran tersendiri yang mencetuskan pentafsiran yang sarat dengan prinsip-prinsip khas berhubung akidah. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menganalisis metodologi pentafsiran pentafsiran Surah al-Fatihah. Seterusnya kajian berperanan mengeluarkan dan menjelaskan prinsip akidah yang wajar dijadikan pedoman dalam kehidupan muslim. Kajian ini penting dalam menjelaskan bahawa pentafsiran Surah al-Fatihah dalam Tafsir al-Azhar sentiasa konsisten dengan prinsip akidah yang sahih. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan fakta-fakta akidah di dalam pentafsiran Surah al-Fatihah. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan metodologi pentafsiran dan mewujudkan senarai prinsip akidah di bawah pemikiran Hamka. Dapatan kajian menunjukkan pentafsiran Surah al-Fatihah mengunapakai gabungan kaedah pentafsiran al-ma’thur dan al-ra’yi. Setiap pentafsiran ayat mengandungi prinsip akidah yang selari dengan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Keimanan kepada Allah S.W.T sentiasa ditekankan pada setiap ayat dan mempunyai kesamaan dengan kenyataan sebahagian kitab akidah dalam aliran salaf dan khalaf.otherpentafsiran, akidah, Surah al-Fatihah, Tafsir al-Azhar, HAMKAAnalisis Pentafsiran Akidah Dalam Surah Al-Fatihah, Tafsir Al-AzharArticle393404