Che Aleha LadinIntan Marfarrina OmarVishalache BalakrishnanAzniyati Kamaruddin2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18131Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan- Lakaran sebagai asas penjanaan idea, boleh digunakan sebagai medium komunikasi untuk menyampaikan maklumat. Dalam konteks seni visual, lakaran digunakan sebagai idea awal untuk mencipta idea yang lebih kreatif, kritis supaya mempunyai kualiti estetik dan menepati aspek pengkaryaan yang bersesuaian. Namun demikian, kekurangan kemahiran dan kefahaman dalam pengkaryaan menyebabkan ia sukar mencapai aras tinggi. Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasi Kemahiran Melakar Aras Tingi (KMAT) dalam pengkaryaan seni visual. Methodologi –Satu kajian kes kualitatif dijalankan melibatkan temu bual separa berstruktur dengan tiga orang pakar Seni Visual, dua guru dan empat orang murid sekolah menengah. Kajian ini juga menggunakan kaedah pengumpulan dokumen hasil karya murid semasa mengaplikasi KMAT dalam kalangan murid. Data kajian dianalisis secara analisis templet. Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh langkah penting untuk mencapai KMAT iaitu kefahaman menyeluruh tentang aspek perekaan melibatkan peniruan imej 100%, melakar berdasarkan olahan bentuk asas, menggunakan pelbagai bahan dan media, kefahaman kadar banding dan komposisi, melakar dengan perspektif, menzahirkan idea dengan cara tersendiri dan seterusnya lancar mengaitkan isu, tema dan budaya dalam lakaran. Walau bagaimanapun, kejayaan pencapaian KMAT bergantung kepada kaedah pelaksanaannya, kefahaman asas seni reka, disertai dengan minat dan bakat murid yang mendalam. Kepentingan – Reka bentuk KMAT sesuai digunakan oleh murid sekolah menengah dan guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual. KMAT juga boleh digunakan secara meluas oleh golongan yang berminat dalam pengkaryaan seperti pelukis atau pereka supaya dapat melatih pemikiran, melahirkan idea yang kritis dan kreatif dan meningkatkan kualiti penciptaan dalam pelbagai bidang sejajar dengan konteks revolusi Industri 4.0.otherKemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT), Seni Visual, Unsur seni dan Prinsip rekaan.Apakah Kemahiran Melakar Aras Tinggi (KMAT) Reka Bentuk Dan Aplikasinya Dalam Pengkaryaan Seni VisualArticle488500