Siti Nur Wafiqah Mohamed ZainSiti Nurafiqah Zahirah SalikinSiti Norshafiqah AbdullahSyed Najihuddin Bin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17601E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023JAKIM atau nama lengkapnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia adalah sebuah institusi utama pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah di peringkat persekutuan serta badan yang menjaga dan memelihara hak-hak dan kemaslahatan umat Islam di Malaysia. Islam merupakan agama rasmi Malaysia dan rukun Iman dan rukun Islam merupakan tonggak utama dalam syariat Islam. Oleh itu, penubuhan JAKIM ini adalah atas dasar untuk memastikan agama Islam sentiasa dipelihara syariatnya dan dipertahankan dari ancaman-ancaman yang dapat mengganggu gugat kesucian dan kedaulatan Islam seperti isu-isu kecelaruaan akidah dan ajaran-ajaran sesat yang seterusnya boleh memudaratkan kestabilan dan keharmonian agama Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam penulisan kajian dan pengumpulan data dan maklumat untuk kajian ini adalah melalui kaedah pemerhatian dan kajian perpustakaan. Memandangkan penyelidikan adalah dengan mengumpul, mengenal pasti dan mentafsir data, maka tiada penglibatan peserta kajian mahupun responden dalam kajian ini. Kajian ini secara khususnya dilakukan bertujuan untuk mengkaji tentang sejarah penubuhan dan pengenalan terhadap JAKIM serta sumbangan dan peranan badan organisasi ini terhadap umat Islam di Malaysia. JAKIM merupakan sebuah penubuhan organisasi yang telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Dengan wujudnya sebuah organisasi sebegini maka telah dapat membantu dan melestarikan sebuah kehidupan umat Islam yang selesa, aman sentosa dan harmoni di samping bersama warganegara yang bukan beragama Islam.otherJAKIM, Syariat Islam, Hal Ehwal Islam.Jakim: Peranan dan Sumbangannya Terhadap Masyarakat Islam di MalaysiaArticle144154