Roslizawati Mohd RamlyMuhammad Khairi Mahyuddin2024-05-302024-05-3020190127-7871http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/107https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15298Terdapat segolongan pemimpin Kristian di Malaysia yang memperjuangkan hak untuk terus menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada konsep ketuhanan dalam agama Kristian dan juga di dalam Bible terjemahan Bahasa Melayu. Mereka mendakwa bahawa mereka berhak untuk menggunakan kalimah tersebut. Namun begitu, terdapat persoalan apakah maksud sebenar kalimah Allah dalam perpektif agama Kristian. Justeru itu, kertas ini menjelaskan apakah makna kalimah Allah dari persepsi pemimpin agama Kristian dan perbezaannya dengan konteks kepercayaan dalam agama Islam. Kajian ini mengunakan metod kajian tekstual dan kaedah temubual secara bersemuka dengan beberapa pemimpin agama Kristian. Data temubual dianalisis untuk mengenal pasti kefahaman dan penggunaan kalimah Allah oleh para pemimpin Kristian. Seterusnya, dapatan data temubual dibandingkan pula dengan penggunaan dan kefahaman kalimah Allah dalam kitab-kitab turath akidah tulisan jawi yang menjadi rujukan umat Islam di Alam Melayu. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan maksud dan penggunaaan kalimah Allah antara penganut agama Kristian dan Islam.otherMuftiMalaysiatoleranceinter-religious engagementKalimah Allah: Tinjauan Ringkas terhadap Maksud dan Penggunaannya dalam Kalangan Pemimpin KristianArticle212742